Bicara lidah...

Dengan lidah bisa buat hati terluka..
dengan lidah bisa bikin jiwa sengsara..
tajamnya ia dari mata pedang..
mampu menghiris hati kecil...
lembutnya ia mampu mengeraskan jiwa yang kekOsongan tanpa cinta Illahi...
pelihara lidah agar dapat hidup yang penuh dengan barOkah..
InsyaALLAH...

Friday, January 21, 2011

::Sabar::

:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::

Entry kali nie pasal " Kesabaran "..Ayuh sama-sama kita hayati dan mudah-mudahan entry nie dapat menjadikan kita seorang Ummah yang diberkati dan diredhai..INSYAALLAH..(^_^)





Sebagai seorang penulis, tidak semestinya apa yang saya tulis telah sedia dikuasai dan dipraktikkan secara sempurna. Adakalanya sesuatu penulisan itu lebih merupakan nasihat kepada diri saya sendiri, yang tidak terlepas dari pelbagai kekurangan dan kelemahan. Maka kali ini saya ingin menyampaikan nasihat kepada diri saya, sekali gus berkongsi nasihat itu kepada para pembaca yang budiman sekalian.
 
          Nasihat yang ingin saya sampaikan ini merupakan satu sifat, di mana dengan sifat itu Allah akan mencintai orang yang memilikinya, sentiasa bersama orang itu dari sudut pengawasan dan hidayah, diberikan pahala dengan jumlah yang tidak terkira, dikurniakan tiga perkara serentak iaitu selawat, rahmat serta petunjuk dan akhirnya memasuki syurga dengan dialu-alukan oleh para malaikat dengan ucapan salam. Sifat yang saya maksudkan ialah sabar.
 
          Berkenaan sifat ini Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
          “Allah sentiasa Mencintai orang-orang yang sabar” (surah Ali Imran, ayat 146),
          “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153), dan
          “Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira” (surah az-Zumar, ayat 10).
 
          Seterusnya Allah juga berfirman: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157).
 
          Pengurniaan tiga perkara, iaitu selawat, rahmat dan petunjuk secara serentak menyebabkan orang-orang shalih dari generasi awal umat Islam ternanti-nanti dan merasa terhibur apabila mereka menerima sesuatu yang memerlukan kesabaran.
Mereka berkata: “Kenapa aku tidak bersabar padahal Allah telah berjanji akan memberikan tiga perkara kepadaku dan salah satu dari tiga perkara itu lebih baik daripada dunia dan segala isinya?”
 
          Akhir sekali orang yang bersabar akan dimasukkan ke syurga dan di dalamnya: “Malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (memberi hormat dengan berkata): ‘Selamat sejahteralah kamu, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.” (surah al-Ra’d, ayat 23-24)




 
Maksud Sabar dan Jenis-Jenisnya.
          Sebegitu besar keutamaan bagi orang yang memiliki sifat sabar, sudah tentu kita tertanya-tanya apakah maksud sabar. Mudahnya, sabar dari sudut bahasa bermaksud menahan. Ada pun dari sudut istilah, ia bermaksud kekuatan jiwa untuk menahan dari berakhlak buruk apabila munculnya sesuatu. Sabar memiliki beberapa jenis.
 
          Jenis pertama adalah dari sudut perintah larangan agama. Kita dituntut untuk sabar dalam melaksanakan perintah agama seperti menuntut ilmu, berbuat baik kepada ibubapa, mendirikan solat, mengerjakan puasa dan sebagainya. Orang yang sabar tidak akan mengeluh apabila dituntut melaksanakan perintah agama. Sabar juga dituntut dalam rangka menjauhi larangan agama seperti mengharapkan pertolongan dari tangkal, mendekati ilmu sihir, mengambil harta yang bukan haknya, berzina, mencuri, berdusta dan seterusnya. Seorang penyabar akan menjauhi semua itu tanpa dalih yang pelbagai.
 
          Jenis kedua adalah dari sudut suka dan duka. Kita hendaklah sabar dalam menerima sesuatu yang disukainya, baik ia merupakan kecemerlangan dalam pelajaran, kejayaan dalam kerjaya, kelebihan rezeki atau kebahagiaan hidup. Kesabaran akan mengarah kepada sifat bersyukur dan ingin berkongsi dengan orang lain apa yang Allah kurniakan, sebagaimana firman Allah: “Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu.” (surah al-Qasas, ayat 77)
 
          Agaknya yang paling sukar ialah sabar dalam menerima sesuatu yang mendukacitakan, baik ia merupakan kematian orang yang disayangi, penyakit, kehilangan harta benda atau kesukaran dalam kehidupan. Kesabaran amat penting agar sifat tabah, mencari penyelesaian dan menenangkan diri dapat dilakukan tanpa keluhan, rungutan, teriakan dan apa-apa lain yang sinonim dengan akhlak yang buruk.
          Tidak termasuk dalam maksud dan jenis sabar ialah orang yang mendiamkan diri apabila dia melihat agama, manusia dan dirinya dizalimi. Sifat diam seperti ini lebih tepat disebut sebagai dayus dan bukannya kesabaran. Kesabaran adalah tetap bertindak menentang kezaliman, hanya tindakan itu dilakukan dengan akhlak yang mulia.
 
Meraih Sifat Sabar.
          Di antara surah al-Qur’an yang terawal diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. ialah surah al-Muddathir dan ayat yang ketujuh surah itu berbunyi: “Dan bagi Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar.” Ini menunjukkan bahawa sifat sabar adalah antara yang terawal dan terpenting yang dituntut oleh Islam ke atas kita. Akan tetapi sabar bukanlah satu sifat yang dapat bermastautin secara tetap dalam diri seseorang. Ia adalah sifat yang boleh wujud dan hilang, boleh tinggi dan rendah, boleh berlaku kepada sebahagian jenis kesabaran dan tidak berlaku kepada sebahagian jenis yang lain.
 
          Maka bagi meraih sifat sabar, seseorang hendaklah sentiasa prihatin akan keadaan dirinya dan sering menasihati dirinya untuk bersabar. Dihargai juga apabila ahli keluarga dan rakan-rakan saling menasihati untuk bersabar dengan mengingatkan kembali ayat-ayat al-Qur’an yang menerangkan keutamaan-keutamaan sabar. Tidak ketinggalan ialah memohon pertolongan Allah agar mengurniakan sifat sabar kepada diri kita kerana Allah jua telah berfirman: “Dan bersabarlah dan tiadalah kamu dapat bersabar melainkan dengan (pertolongan) Allah.” (surah al-Nahl 16:127).

::Perawatan Islam::

Perawatan Islam??Emm macam bomoh, dukun semua tu ke??
huhu..bukanlah saudara/i..Perawatan Islam nie jauh sekali berbeza dgn bomoh semua tu..
emm apa yg bezanya antara perawatan Islam ngn bomoh2 nie semua?


Kalau nak diikutkan memang banyak perbezaan antara kedua ini..tapi kat sini ana bagitahu yang mana ana tahu jela ye..huhu..:)
secara spesifiknya perubatan bomoh nie lebih tertumpu kepada untuk pencarian rezeki..berbeza dgn perawatan Islam yang mana kaedah ini lebih cenderung kepada suatu proses penyebaran dakwah Islamiah..

Perubatan Islam perlu berlandaskan ilmu serta amalan perubatan Islam. Mereka perlu memberi rawatan berdasarkan kepakaran dalam bidang perubatan dan faham hukum agama.
Kaedah rawatan bagi pesakit seperti pembedahan perlu dimulakan dengan doa kepada Allah.

Bomoh ialah mereka yang mempraktikkan pendekatan tradisional dalam perubatan, malah ada yang mengamalkan cara bertentangan dengan syariat Islam.
"Pengamal perubatan Islam pula ialah golongan yang mempraktikkan perubatan berasaskan sumber dan kaedah dari ajaran Islam iaitu al-Quran dan Sunnah.

pengamal perubatan Islam perlu meletakkan ganjaran Allah sebagai matlamat utama, bukan keuntungan semata-mata.
"Caj boleh dikenakan, tetapi jangan sampai membebankan. Berbeza dgn segelintir bomoh2 yang menggenakan caj yang langsung tidak masuk akal sedang ubat-ubatan yang dibekalkan hanyalah sebotol air penawar sahaja.
"Perubatan Islam adalah sebahagian daripada dakwah. Jika perubatan Islam dapat diamalkan secara berhikmah, ia memberi manfaat kepada masyarakat," katanya.

Tidak kiralah perawatan Islam ataupun bomoh sekalipun asalakan ianya masih berlandaskan dan berpaksikan ajaran Islam..Tidak terpesong jauh dari apa yang telah ditetapkan..Maksudnya di sini jangan sampai berlakunya amalan syirik..Awas!!Sesungguhnya syirik itu amat besar dosanya!!
Nauzubillah minzalik..

Ikhtiar dalam mengubati sesuatu penyakit itu penting..setelah berikhtiar bertawakallah pula kepada Allah Aza Wajalla..Kerana sesungguhnya Dia Yang Berkuasa..

"shhhh:- JaNgan PakaI b0moh siaM sUdaH..huhu


Berbekam salah satu daripada perubatan alternatif Islam
sunnah Nabi Muhammad S.A.W.







 

Thursday, January 20, 2011

::Syukran Ya Allah::

:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::

Alhamdulillah Ya Allah...
Syukurku ke hadratMu kerana telah menemukan hambaMu ini dengan sinar hidayah & taufikMu ini..
Selama ini hamba telah jauh tersasar dari jalanMu..
Banyak telah dosa yang hamba lakukan..
Tidak terkira & tertanggung rasanya Ya Allah..
Kesilapan hamba yang lalu itu telah menghantui diri hamba selama ini..
Terima kasih Ya Rabb kerna telah menyedarkan hambaMu ini..
Sebelum jauh hamba tersesat..
 
Ya Jabbar Ya khalid..
Sesungguhnya hambaMu ini telah lama ingin merasai manisnya iman & taqwaMu ini Ya Allah..
Kini saatnya telah Dikau kurniakan rasa kecintaan itu..
HambaMu ini hanya bermohon kepadaMu..
Agar jangan dipalingkan lagi hati ini ke jalan yang tidak sama sekali diredhaiMu..
Hamba tidak sanggup untuk melalui jalan-jalan hitam sekali lagi..

Ya Rabbana Ya Muhaimin..
Telah Engkau temukan hamba pada jalanMu..
Dan biarlah berterusan begini..
Sehingga berakhirnya zaman ini..
Kurniakan hamba semangat Istiqamah dalam menjalankan perintah & suruhanMu..
Hamba mengidamkan kasih syurgaMu..
Hamba mendambakan tatapan wajah kekasihMu Ya Allah..
Tidak ada yang penting selain DiriMu Ya Rabbul Izzati..
 
 
 

 

::Kelebihan Hari Jumaat::

Bismillahirrahmannirrahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang~~





1. Berlakunya hari kiamat.
 Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

 3. Penghulu segala hari.
 Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”




 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.




Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.



p/s--->SALAM HARI JUMAAT
~semOga kita semua berOleh keberkatan di dunia & jua di akhirat~
..(^_^)..

Monday, January 17, 2011

::Muhasabah Diri Ini::

Bismillahirrahmanirahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah..syukur pada ALLAH SWT kerana masih memberikan ruang dan peluang untuk hambaNya yang kerdil ini untuk mencoretkan sesuatu di atas tikar layar maya ini..InsyaALLAH..

Muhasabah diri..walaupun ana selalu menulis dalam blog ini..tetapi kata-kata yang berupa nasihat itu ana sendiri langgar..ana sendiri kadang2 terbabas..

Ana cuba untuk memperbaiki diri sendiri..kerana itulah antara salah satu sifat insan yang mulia..senantiasa MEMPERBAIKI DIRI SENDIRI!!..
Terkadang ana terfikir..."Layakkah aku untuk menasihati orang lain sedangkan aku sendiri terkadang terbabas?"..layakkah aku untuk menjadi seorang daie??

Justeru ana akan terus-menerus untuk memperbaiki diri ini..biar apapun jua halangan dan rintangan InsyaALLAH ana akan harunginya...

Syukran Jazilan Ya Rabb..kerana membukakan pintu hati hambaMu yang sekian lama terkunci ini..Syukur padaMu kerana menemukan daku dengan sinar hidayahMu..Syukur jua padaMu kerna memberikan tarbiah yang amat bernilai ini..Pintaku padaMU agar jangan dipalingkan hatiku ini untuk terus berada dalam kegelapan kesesatan sebaliknya Dikau palingkan hatiku untuk bertatih dan seterusnya melangkah ke jalan terang sinar iman dan taqwaMu..Amin Ya Rabbal Alamin..(^_^)

Sunday, January 16, 2011

::Sifat Mazmumah::

Bismillahirrahmannirrahim..
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

huhu..dengar daripada tajuk tue mcm remeh je kan..huhu...tp AWAS kakak abg bukan remeh tw tapi  artikel yang nak di'update'kan nie cm penting je..bukan macam lagi dh..MEMANG PENTING pun..huhu...

Sedar xsedar  tajuk yang nk dikongsikan nie saling berkaitan..ada kaitan dengan sifat Mazmumah..
Emm apa tue SIFAT MAZMUMAH ye kawan2??
Oklah sifat mazmumah nie adalah diantara sifat2 yang tidak baik dan tercela..( Allahualam )..
Baiklah mari kita sama2 lihat antara contoh sifat mazmumah yang ada..jOm!!----->


Rasa tidak senang (berdendam)

Benih-benih mazmumah rasa tidak senang atau tidak redha atau berdendam dapat dikesan ada dalam hati di waktu kita diuji atau ditimpa bala. Sama ada ujian-ujian itu berbentuk lahiriah atau maknawiah (batiniah).

Umpamanya:
a. Terasa tidak senang bila dikata nista, dihina, diumpat, difitnah. Hati rasa marah, rasa dendam, rasa ingin hinakan orang itu semula. Ini sangat merbahaya. Boleh mencetuskan pecah ukhwah, pecah belah, huru-hara dan pergaduhan dalam masyarakat.

b. Terasa tidak senang atau menderita bila tidak ada duit, tidak ada pangkat atau harta.

c. Terasa tidak senang bila diuji dengan sakit atau kematian orang yang dikasihi.

d. Terasa tidak senang atau kecewa apabila orang-orang yang dikasihi membuat ragam atau tidak bertanggungjawab.

Terasa tidak senang atau tidak redha dengan takdir Allah. Ini dapat dikesan bila kehendak-kehendak atau hajat-hajat hati tidak tercapai. Katalah kita hendak begian, dapat begian. Hendak banyak, dapat sikit. Hendak pandai, tidak pandai-pandai juga. Hendak pangkat, jawatan, pujian
tapi tidak dapat-dapat. Barangkali kalau didorong sifat keji ini akan timbul bimbang terhadap masa depan. Hati makin susah sebelum susah yang sebenarnya menimpa. 

Misalnya hati merasa, "Bagaimana nanti kalau aku sakit? Bagaimana kalau aku miskin? Kalau aku tak kahwin? Kalau aku tak dapat anak? Kalau aku tak ada rumah? Kalau tak ada kebun selepas pencen? Dan macam-macam hajat yang tak tercapai."Bila rasa tidak senang ini disuburkan, ia boleh membawa kepada iri hati atau hasad dengki pada orang lain. Dia tidak akan senang melihat ada orang yang dapat lebih nikmat atau lebih senang daripadanya.

Setelah dikesan adanya rasa tidak senang atau tidak redha dengan ketentuan Allah ini mestilah dikikisbuangkan, ditumpas dan dicabut. Jika sifat-sifat ini tidak dibuang dan dibendung sebaliknya disuburkan, ia akan jadi lebih parah lagi. Dia sentiasa keluh-kesah atau gelisah bila
berhadapan dengan sebarang ujian atau kesusahan. Ia menjadi seorang yang pemarah, pendendam, tidak senang dan putus asa hingga timbul akhlak-akhlak yang buruk atau perbuatan-perbuatan atau tindakan-tindakan yang buruk yang merosakkan dirinya dan masyarakat. Maka hilanglah kebahagiaan hidup.

Sebab itu dalam Islam disuruh redha dengan ketentuan Allah. Sifat tidak redha ini sangat dibenci Allah dan Rasul serta seluruh manusia. Untuk membendungnya ingatlah perintah-perintah Allah SWT.

Firman-Nya dalam Al Quran:
Maksudnya: "Hendaklah kamu katakan semua itu datang daripada Allah." (An Nisaa': 78)

Maksudnya: "Janganlah kamu berputus asa daripada nikmat Allah." (Yusuf: 87)

Ingatlah setiap perkara yang berlaku sama ada baik atau buruk, hakikatnya daripada Allah. Ia ada hikmahnya yang tersendiri, yang tersembunyi, untuk kebaikan dan manfaatnya pada diri kita kalau kita pandai menerimanya. Sebenarnya ada rahsia yang kita tidak tahu. Mungkin kalau kita dapat apa yang kita kehendaki, kita tidak bersyukur. Tentulah ini berdosa. Boleh jadi ada orang lain pula yang hasad dengki dengan apa yang kita dapat itu. Bukankah itu membahayakan diri kita? Kalau kita sedar hakikat ini tentulah kita rasa bertuah dengan apa yang ada atau apa yang Allah berikan.

Walaupun tidak memenuhi hajat kita namun tidaklah sampai rasa tidak senang, yang mana bererti kita tidak senang dengan Allah, Tuhan yang Maha Adil itu. Bila rasa tidak senang ertinya kita kufur dengan nikmat. Itulah penzaliman terhadap diri yang kita lakukan setiap saat. Oleh itu
sifat keji ini hendaklah dikikisbuangkan. Kalau tidak, ia akan menjadi dosa dan menerjunkan kita ke Neraka, wal'iyazubillah.
 

Rasa ujub

Benih rasa ujub ini dapat dikesan bila kita dapat nikmat lebih sama ada lebih ilmu, lebih pangkat, lebih harta, lebih cantik, lebih pandai, lebih bijak dan lain-lain kelebihan lagi. Waktu itu hati terasa istimewa, terasa hairankan diri. Bila didorong lagi sifat keji ini akan menjadi sifat riyak. Yakni timbul rasa ingin menunjuk-nunjuk. Seterusnya bila disuburkan lagi berubah kepada sifat keji yang lain pula iaitu sifat sombong. Yakni rasa bermegah-megah, rasa diri superman atau
superwoman, rasa hebat diri dan suka menghina orang lain.

Sifat keji ini bila didapati wujud dalam hati, maka mestilah ditumpaskan dan dikikisbuangkan melalui proses mujahadatunnafsi. Ini kerana sifat sombong atau takabur atau membesarkan diri sangat dimurkai Allah. Yang mana ia merupakan pakaian Allah SWT yang tidak dibolehkan bersekutu pada mana-mana makhluk-Nya.

Sombong ini boleh menimbulkan hilang ukhwah, hilang kasih sayang dan benci-membenci. Akhirnya bergaduh dan timbul perpecahan, krisis, tegang dan jatuh-menjatuhkan. Masyarakat jadi haru-biru dan porak-peranda serta hilang kebahagiaan dan keamanan.
 

Rasa tamak atau bakhil

Benih rasa tamak ini dapat dikesan ada di hati bila kita melihat atau ternampak nikmat. Waktu itu rasa hendak memiliki nikmat itu untuk jadi hak milik sendiri. Iri hati kalau nikmat itu dipunyai oleh orang lain. Rasa tamak dan haloba menyerang hati. Walau apa cara sekalipun dia akan usahakan untuk memilikinya tanpa mengira halal atau haram.

Rasa hati di waktu itu rakus, gelojoh dan ganas. Dia tidak peduli sama ada menyusahkan orang lain atau tidak. Melanggar hak asasi kemanusiaan atau tidak. Pokoknya dia dapat walau apa cara sekalipun. Sifat keji ini tersangat merbahaya. Ia boleh bertindak merampas, menipu, mencuri, merompak, rasuah, merogol, berzina, bergaduh dan akhirnya berperang. Penyakit ini perlu ditumpaskan dari awal lagi.

Bila dikesan ada rasa tamak, ia hendaklah ditumpaskan dan dikikisbuangkan melalui proses mujahadatunnafsi. Ia sangat dibenci dan menjadi musuh Allah dan Rasul-Nya serta seluruh manusia. Kemudaratannya bukan setakat di dunia bahkan di Akhirat akan dicampak ke Neraka,
wal'iyazubillah.


Sifat2 mazmumah ini tergolong di dalam antara dosa2 yang menutup pintu hati


Berikutnya adalah salah satu gejala sifat mazmumah yang serius melanda masyarakat umat Islam akhir zaman ini...iaitu MENGUMPAT----->


Lidah merupakan di antara nikmat yang Allah s.w.t. kurniakan kepada manusia. Kerana dengan adanya lidah, dapatlah manusia berhubung di antara satu sama lain. Dan kalau kita perhatikan benar-benar, lidah banyak sekali mendatangkan manfaat kepada manusia. Ia atau tidak, dapat kita mengkaji sendiri.

Di samping berbagai-bagai kebaikan yang diperolehi daripada lidah, banyak juga perkara-perkara yang buruk timbul daripadanya. Ini adalah kerana apabila lidah tidak dipelihara dengan bersungguh-sungguh, maka berbagai-bagai kejahatan akan timbul daripadanya.



Abu Said al-Khudri r.a menceritakan,
"Bahawasanya manusia itu apabila berpagi-pagi maka bersegeralah segala anggota kepada lidah. Dan mereka semuanya berkata : 'Kami menuntut kepada engkau dengan nama Allah bahawa engkau benar atas petunjuk, kerana bahawasanya jika engkau lurus, kami akan lurus dan jika engkau bengkok nescaya kami akan bengkok.'."

Salah satu di antara kebinasaan lidah yang jarang disedari ialah sikap suka mengumpat. Mengapakah dosa atau kesilapan ini jarang disedari? Ini adalah kerana perbuatan itu dilakukan pada setiap hari malah setiap waktu di mana-mana sahaja. Sedangkan, sebagaimana yang kita ketahui mengumpat adalah termasuk perbuatan dosa serta dilarang oleh Allah s.w.t. dan juga Rasulullah s.a.w.

Sebenarnya sikap suka mengumpat timbul daripada perasaan hasad dengki seseorang terhadap orang lain. Ini mungkin disebabkan orang lain itu mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada padanya. Atupun sikap ini timbul kerana merasakan dirinya lebih baik dari orang lain. Mungkin juga sikap ini timbul kerana ia melihat berbagai kekurangan terdapat pada orang lain. Samaada kekurangan itu di segi harta, ilmu, pengaruh dan sebagainya.


Mengumpat atau menyebut kejelekan orang lain atau ghaibah adalah dilarang oleh Allah s.w.t. Begitu juga mengumpat adalah termasuk di antara bencana-bencana lidah yang sangat bahaya selain dari perbuatan dusta.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati, tentu sekali kamu benci memakannya. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah al-Hujarat ayat 12)

Imam Ghazali mengatakan bahawa mengumpat atau ghaibah adalah menyebut sesuatu yang tidak baik terhadap saudara sesama Muslim, yang jika ia dengar ia merasa marah. Samaada ia menyebut tentang kekurangan di dalam agamanya atau kecacatan tubuhnya, anak isterinya, gerak gerinya dan pakaiannya dari segala sesuatu yang berkaitan dengan dirinya samaada disebut dengan lidah, dengan tulisan atau menunjuk dengan jari.

Mengumpat adalah dosa yang amat berat di sisi Allah s.w.t.. Orang yang melakukan perbuatan itu diumpamakan oleh Allah s.w.t. sebagai memakan daging saudaranya yang telah mati. Ini jelas menunjukkan betapa hina dan buruknya perbuatan tersebut. Dan ia dianggap hina kerana menyinggung kehormatan orang lain yang sewajarnya dipelihara.

Jabir dan Abu Sa'id menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Awaslah dari mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras dari zina. Sesungguhnya seseorang itu berzina ia bertaubat, maka Allah s.w.t. menerima taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat, tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpat."
(Hadis Riwayat Ibn Abid Dunya)

Jelaslah pada hadis yang tersebut di atas bahawa Allah s.w.t. tidak mengampunkan dosa manusia yang berkaitan dengan diri manusia yang lain. Dia (tukang umpat) sendirilah yang terpaksa menyelesaikan atau meminta dihalalkan dosa mengumpat yang telah dilakukannya terhadap orang yang diumpat. Kalau sekiranya orang yang diumpat itu tidak dapat memaafkan kesalahannya itu, maka hal ini akan dibawa sehingga ke negeri akhirat.

Dari hadis yang lain Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Tahukah kamu apakah ghaibah? Jawab sahabat, "Allah dan Rasul yang lebih mengetahui. " Maka Rasulullah s.a.w. bersabda , "Ghaibah itu jika kamu menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghaibah." Lalu Rasulullah s.a.w ditanya," Bagaimana kalau saudaraku itu memang begitu? "Jawab Rasulullah s.a.w " Jika kamu sebut itu benar ada padanya maka itu ghaibah. Tetapi jika ia tidak benar, itu buhtan (membuat kepalsuan untuk memburukkan nama orang lain).




Thursday, January 13, 2011

::Pasti Ada HikmahNYA::

Bismillahirrahmanirrahim..Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

syukran jazilan Ya ALLAH!!tiada nilai yang dapatku nyatakan padaMu bagi memanjatkan rasa syukurku padaMu..
Disaat kekalutan serta kekecewaan yang melanda tanpa sedari Engkau telah mengurniakan hikmah yang amat bernilai buat hambaMu ini..

Ku sangkakan tiada yang menyayangi diri ini, tiada yang sudi memberi sokongan dan dorongan padaku..tetapi nyata sekali masih ada yang sudi menyayangi dan memberi dorongan untuk aku terus kuat mengharungi segala ujianMu..

Setiap ujianMu Ya ALLAH pasti ada hikmahnya yang menanti..
Ujian yang Dikau berikan tanda Dikau menyayangi diriku ini..Syukran Ya Rabb..

Semua mereka yang menerima  bala atau  ujian  Allah SWT,  Allah SWT  akan arahkan Malaikat untuk menjemput kita di Akhirat kelak dengan FirmanNya :

Sesungguhnya Daku mencintai si fulan kerana Si fulan telah terbukti mencintai Daku.

::Pujuk hatiku agar lebih bersabar::

Benarlah kata-kata "Untuk mencari Redha Allah S.W.T. bukannya mudah..pasti berlaku bnyk halangan dan dugaan "..Sedangkan Rasullullah sendiri menghadapi pelbagai rintangan dan halangan sewaktu Baginda menyebarkan agama Islam yang suci ini..
persekitaran sekeliling banyak yang buruk dari yang baik..banyak menduga dari membina..
tetapikan semua nie lah yang akan mematangkan diri ini..
tanpa dugaan diri ini xkan tahu bagaimana perit dan susahnya hidup yang sememangnya menuntut lebih banyak kesabaran.


Ketika mencari sinar kebenaran Allah melihat kesungguhan kita..adakah sekadar main-main ataupun sememangnya bersungguh-sungguh untuk mendekatkan diri padaNya..Pelbagai ujian diberikan kepada hambaNya untuk menguji tahap keimanan dan ketaqwaan dihati..


Segalanya menuntut kecekalan nurani yang tinggi..Seperti kisah Rasullullah s.a.w sendiri, bagaimana cekal dan tabah dalam menghadapi pelbagai permasalahan dan dugaan untuk menyebarkan syiar Islam yang hakiki..nah sekarang lihat saja, berkat kesabaran dan kecekalan Baginda ini lah yang telah menyebabkan Islam tersergam Indah di setiap pelusuk dunia..ALLAHUAKBAR...


Dalam Al-quran sendiri telah dinyatakan bahawa 

Al-Anfaal [66]  " Dan (ingatlah) Allah beserta orang yang sabar."
Jika kita sabar InsyaALLAH, ALLAH akan sentiasa bersama dengan kita..
  

Al-Baqarah [153] Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
Doaku untuk mencari RedhaMU Ya ALLAH

Ya Rabbi betapa Hati ini telah lama jauh dariMu
Berikanlah kepada ku yakni hambaMu yang lemah ini kesempatan dan peluang kepadaku untuk 
merasai manis iman dan taqwa padaMu sebelum segalanya terlambat..
kuatkanlah semangatku untuk mengharungi segala dugaan dan cabaran
kuatkan imanku untuk menentang rasa takut dan bimbang ini Ya ALLAH..
Sesungguhnya Ya ALLAH Dikau yang lebih mengetahui apa yang dihadapan & dibelakangku..
Amin Ya Rabb..

Sunday, January 9, 2011

::Alhamdulillah::

SYUKRAN..SYUKRAN YA ALLAH...

Syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana telah mempermudahkan lagi segala urusan..
Banyak perkara @ urusan yang telah berjaya ditempuhi..
Tidak terhingga rasanya nikmat syukur ini..

Setelah sekian lama merancang akhirnya program berjalan jugak..
Cuma menunggu tarikh yang telah ditetapkan tiba..itu sahaja..Amin...huhu..
Tidak sabar rasanya nak ke sana..:D