Bicara lidah...

Dengan lidah bisa buat hati terluka..
dengan lidah bisa bikin jiwa sengsara..
tajamnya ia dari mata pedang..
mampu menghiris hati kecil...
lembutnya ia mampu mengeraskan jiwa yang kekOsongan tanpa cinta Illahi...
pelihara lidah agar dapat hidup yang penuh dengan barOkah..
InsyaALLAH...

Sunday, August 14, 2011

Malam Lailatul Qadar

Alhamdulillah. Sedar tak sedar hari ini dah masuk hari yang ke-14 kita umat Islam menunaikan rukun Islam yang ketiga iaitu Berpuasa Pada Bulan Ramadhan.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana mengurniakan umur serta waktu ini untuk sama-sama melakukan amalan dan perintahNya itu. Bulan ramadhan banyak keistimewaan di dalamnya. Dan diantara keistimewaan itu adalah ' Malam Lailatul Qadar '.Pada (malam) lailatul qadar itu Allah memberikan rahmat dan keampunan kepada hamba-hamba yang bangun untuk melakukan amal ibadah kepadaNya. 

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t. yang membawa maksud : "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar"

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar


Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia

Pada lailatul qadar adalah di antara waktu-waktu yang mustajab untuk kita berdoa kepada Allah. Semoga Allah memakbulkan doa-doa yang kita mohon pada malam ini. Kita boleh berdoa memohon kepada Allah apa sahaja yang kita inginkan. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh apa sahaja hajat  yang kita inginkan. Berdoalah kita semoga diberikan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Berdoa juga untuk kebahagiaan saudara-saudara kita yang lain.

Kita hendaklah sentiasa memohon keampuan kepada Allah di atas dosa-dosa yang telah kita lakukan. Pada lailatul qadar adalah waktu yang sangat baik bagi kita membersihkan diri dari segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini. Kita hendaklah memperbanyakkan bacaan istighfar kepada Allah dan melakukan solat sunat taubat. Semoga Allah akan memberi keampunan atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Lailatul qadar akan menjadi malam untuk kita suci dari segala dosa-dosa jika kita ikhlas memohon keampunan kepada Allah.

Sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan melakukan amal ibadah dengan penuh keikhlasan pada lailatul qadar bagi mendapatkan keberkatan yang ada pada malam ini. Semoga segala amal ibadah yang kita lakukan pada lailatul qadar ini akan diterima dan diberkati oleh Allah.


Sumber Ihsan : http://www.al-azim.com

No comments:

Post a Comment