Bicara lidah...

Dengan lidah bisa buat hati terluka..
dengan lidah bisa bikin jiwa sengsara..
tajamnya ia dari mata pedang..
mampu menghiris hati kecil...
lembutnya ia mampu mengeraskan jiwa yang kekOsongan tanpa cinta Illahi...
pelihara lidah agar dapat hidup yang penuh dengan barOkah..
InsyaALLAH...

Monday, August 15, 2011

Tazkirah : Dengki





Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan dalam diri sendiri. Allah s.w.t. telah menjadikan  manusia dalam pelbagai rupa, kebolehan dan dikurniakan rezeki yang patut disyukuri oleh kita. Namun kadangkala kelebihan yang kita ada boleh menyebabkan manusia yang lain timbul perasaan *dengki* terhadap kita.

"Aku tak dengki, aku cemburu je." Pernah tak dengar orang cakap macam tu? Bagi saya, daripada cemburu itulah wujudnya perasaan dengki. Kerana cemburu, kita akan buat sesuatu yang buruk kepada orang yang kita cemburu tu maka timbullah perasaan *dengki* tersebut. Cemburu yang asalnya hanya perasaan *lahiriah* daripada hati akhirnya bertukar kepada perbuatan yang boleh merosakkan orang lain dan diri sendiri. 


Menurut al-Zubair bin al-‘Awwam r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Telah menimpa ke atas kamu penyakit umat terdahulu, iaitu hasad dan benci, iaitu perasaan benci menyebabkan seseorang meninggalkan agama.” 
Hadis hasan riwayat al-Tirmizi.



Tips-Tips Menghilangkan Perasaan Dengki



1. Ucapkan tahniah kepada orang yang didengki itu ketika dia mendapat nikmat.
Contohnya orang tu baru melangsungkan perkahwinan. Kita belum lagi. Tengok pula suami dia kacak dan anak orang kaya. Siapa tak jeles? Heh. Jadi eloklah kita ucapkan *tahniah* dan bersalam dengannya. Mana tahu, ada keberkatan Allah Taa'la nak bagi kepada kita selepas ini untuk berkahwin pula?


2. Tutup kelemahan dan kesalahannya
Walaupun dia ada buat salah kepada kita atau orang lain, janganlah kerana perasaan dengki yang menebal, kita berkata buruk pasal dia pula. Memang akan timbul rasa tak puas hati, bila dia dapat apa yang kita takde, lagi-lagi bila dia dapat benda tersebut dengan cara yang salah atau tidak baik. Tapi siapa kita untuk menilai dia? Dia hanya manusia yang tak terlepas daripada kesalahan. Jadi apa kata, daripada kita gosip pasal dia kat belakang, kita cuba nasihatkan dia dengan cara yang baik? (Kalau tak makan saman tu, biarlah. Moga Allah s.w.t.bukakan hatinya untuk kembali ke jalan yang benar.)

3. Ziarahilah dia dengan membawa hadiah
Kawan kita baru dapat anak yang comel. Kita yang dah berapa tahun kahwin, masih belum dikurniakan cahaya mata. Seeloknya kita ziarah dia dan beri diahadiah. Kita kongsi kegembiraan yang dia peroleh itu bersama. Bukan dengan rasa dengki.

4. Hormati dan sayangi orang-orang di sekelilingnya seperti ibu bapanya, ahli keluarganya dan anak-anaknya.
Kadang-kadang perasaan dengki itu lahir, kerana kurangnya perasaan kasih sayang kita sebagai manusia. Kalau kita benci dan dengki kepada orang itu, kadang-kadang kita patut melihat orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mungkin mereka ada buat baik kepada kita. Jadi kita cuba hilangkan perasaan dengki itu sambil mengenangkan kebaikan yang telah dilakukan oleh orang sekelilingnya supaya perasaan hasad dengki itu tertutup kembali. Insya-Allah.

5. Berdoalah kepada Allah s.w.t agar dihilangkan rasa dengki itu.
Selemah-lemah hati, kita haruslah kembali kepada DIA juga. Banyakkan mengucapkan Astagfirullah (Memohon Ampun padaMU Ya Allah) supaya terhindar daripada dosa hasad dengki terhadap orang lain. Kita cermin diri kita. Lihat kelebihan yang kita ada. Kita hayati hidup kita, lihat rezeki yang Allah s.w.t. telah kurniakan kepada kita. Berdoalah, semoga Allah s.w.t. pelihara hati kita daripada perasaan dengki itu.

Doa menghilangkan perasaan dengki.

"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan membawa iman, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sungguh Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (QS. Al-Hasyr: 10).

No comments:

Post a Comment