Bicara lidah...

Dengan lidah bisa buat hati terluka..
dengan lidah bisa bikin jiwa sengsara..
tajamnya ia dari mata pedang..
mampu menghiris hati kecil...
lembutnya ia mampu mengeraskan jiwa yang kekOsongan tanpa cinta Illahi...
pelihara lidah agar dapat hidup yang penuh dengan barOkah..
InsyaALLAH...

Saturday, August 20, 2011

Luahan Rasa : Banyaknya Kerja

Alhamdulillah..syukur kerana masih diberikan ruang dan juga kesempatan untuk kembali mencoret sedikit luahan rasa isi hati di alam maya ini.
Sejak akhir-akhir ini banyak sangat kerja yang perlu disiapkan. Mana dengan Projek Internship, dengan assignment lagi dan yang paling penting kena siapkan Thesis. Subhanallah..tak larat rasanya.

Tidak lama lagi dah mahu balik kampung untuk raya. Ada lagi seminggu saja. Tak sabar nak menatap wajah mak n abah. Terasa rindu sangat. Jika dikuatkan kudrat nak saja berlari pulang sekarang ini. Tapi apakan daya jauh beribu batu. Nun di Pahang..

Mungkin ini entry yang terakhir. sebab selepas ini tak dapat nak buka internet dah..huu..Nak fokus betul-betul pada THESIS dan juga FINAL EXAM. cuma tinggal berapa bulan lagi nak habis belajar. Harap segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Kalian doakan juga kejayaan saya ye!!huu..

Assalamualaikum wbt..Semoga Jumpa Lagi.. n Selamat Hari Raya^^

Monday, August 15, 2011

Khusyuk Dalam Solat

khusyu' dalam solat dari pengetahuan saya ialah kita boleh terangkan melalui perspektif thuma'ninah dan pengertian ihsan.Dan mustahil kekhusyu'an dapat tercapai
dalam keadaan tergesa-gesa.Contohnya,Setiap kali bertambah thuma'ninah seseorang, maka bertambah pula kekhusyu'annya dan setiap kali berkurang thuma’ninah-nya maka bertambahlah ketergesa-gesaannya, sehingga jadilah gerakan kedua tangannya seperti sesuatu yang sia-sia yang tidak diiringi dengan kekhusyu'an.Allah memuji hamba2Nya yang khusyu' dalam solat:-

"Sungguh beruntunglah orang-orang yang beriman ( yaitu) mereka yang khusyu' di dalam shalat mereka" [Al Mu’minun; 1-2].

"Peliharalah semua shalat(mu), dan (peliharalah) shalat wusthaa. Berdirilah untuk Allah (dalam shalatmu) dengan khusyu'" [Al-Baqarah : ayat 238]

Lihatlah bukti bagaimana Allah memuji orang yang khusyu' dalam solat mereka.Tetapui pujian itu datang bersama2 denagn amaran.Selain memuji orang yang menjaga khusyu' nya dalam solat Allah juga memberi amaranNya melalui firmanNya:-

"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Al-Ma'un : ayat 4-5]

Kalau kita menyaksikan bagaimana beberapa orang yang solat, kita akan dapati penyelisihan-penyelisihan yang sangat banyak terhadap petunjuk Nabi di dalam shalatnya.. Mereka mempercepat bacaan Al-Fatihah hingga tidak mungkin bagi ma'mum untuk membacanya dengan thuma'ninah dan tadabbur.Rasulullah saw bersabda:-

"Seburuk-buruknya pencuri adalah orang yang mencuri shalatnya." Berkata Abu Hurairah Radhiyallahu ’anhu, "Bagaimana dia mencuri shalatnya?” Beliau bersabda, "Dia tidak menyempurnakan ruku'nya dan sujudnya”
[HR. Ath-Thabrani]

Thuma'ninah dalam solat kita boleh memberikan kesan dalam kekhusyu'kan dalam solat.antara perkara yang boleh kita contohi dalam solat baginda saw. ialah:-
Diriwayatkan dari Al Barra' bin 'Azib Radhiyallahu ’anhu bahwasanya ia berkata,
"Saya shalat bersama Rasulullah ? maka saya dapati berdirinya, ruku'nya, 'itidalnya setelah ruku’, sujudnya, duduknya diantara dua sujud, sujudnya, dan duduknya sebelum salam dan pergi (temponya) hampir sama."
[Muttafaqun ‘Alaihi.]

Nabi saw. tidak membacanya dengan tergesa-gesa tanpa tadabbur dan khusyu' seperti yang banyak dilakukan oleh ummatnya sekarang.
Sebagai kesimpulan berkata Syaikh Abdullah Al Mar'ii Hafidzahullah,
"Yang benar dalam hal ini adalah tergantung bacaan (seseorang di dalam shalat). Kalau bacaannya panjang, ruku' dan sujudnya juga panjang”.
Kemudian beliau Hafidzahullah melanjutkan, “Yang dimaksud (temponya) hampir sama, bahwa tambahan bacaan menuntut adanya tambahan tasbih dan pengurangan bacaan menuntut adanya pengurangan tasbih”.

Antara perkara yang boleh kita renungkan adalah hadith baginda yang berbunyi:-
Dari Abu Dzar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:
”Bakal terjadi sesudahku, di mana para pembesar melalaikan solat. Kerana itu solatlah kamu tepat pada waktunya. Jika kamu solat kembali bersama mereka, maka itu adalah suatu keuntungan (sunat) bagimu. Jika tidak maka sesungguhnya kamu sudah menjaga solatmu.”
(Muslim)

Selain mendapat khusyu' dengan menjaga thuma'ninah dalam solat kita juga boleh memahami erti khusyu' dengan cuba mendalami makna ihsan.Pengertian ihsan yang secara menyeluruh boleh menghadirkan taqwa sekaligus menyuntik hati kita untuk kita khusyu' setiap kali berhadapan dengan Allah.Kesedaran bahawa solat itu sebagai salah satu cara komunikasi dengan Allah boleh membantu diri ini untuk bersiap sedia dan fokus..Antara tips al-Ghazzali ke arah membina fokus dan penghayatan yang baik di dalam Solat. Al-Ghazzali menyarankan agar Solat kita dipisahkan daripada aktiviti yang sedang kita lakukan agar ia tidak ’masuk’ ke dalam Solat. Kunci kereta hilang, laporan kewangan syarikat dan sebagainya, boleh dijauhkan dari tumpuan kita di dalam Solat jika kita pisahkan Solat itu daripada aktiviti yang sedang kita lakukan. 10 minit adalah jangka waktu yang praktikal.Selain itu,adalah menepati sunnah untuk melihat tempat sujud berbanding menutup mata ketika solat

Kita juga sedia maklum bahawa cara memahami apa itu ihsan berdasarkan hadith
Abu Hurairah r.a;Rasulullah bersabda,
"Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu."
Cara ini boleh mendatangkan kekusyu'kan dalam diri kita semasa melakukan amal ibadah.

Di atas adalah point2 yang dapat saya keutarakan berdasarkan ilmu yang sedikit ini tentang bagaimana hendak menghadirkan khusyu' itu dalam diri kita sewaktu sedang melakukan ibadah.percayalah bahawa terdapat juga beberapa hadis tentang tidak khusyu'nya baginda saw semasa sedang solat akibat ada beberapa perkara yang mengakibatkan pemikiran baginda terganggu.Oleh itu adalah tidak mustahil bagi kita juga untuk tidak khusyu' dalam solat,cuma apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah itu bukan alasan untuk kita tidak berusaha mencari atau menghadirkan khusyu' itu sewaktu solat.

Tazkirah : Dengki

Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan dalam diri sendiri. Allah s.w.t. telah menjadikan  manusia dalam pelbagai rupa, kebolehan dan dikurniakan rezeki yang patut disyukuri oleh kita. Namun kadangkala kelebihan yang kita ada boleh menyebabkan manusia yang lain timbul perasaan *dengki* terhadap kita.

"Aku tak dengki, aku cemburu je." Pernah tak dengar orang cakap macam tu? Bagi saya, daripada cemburu itulah wujudnya perasaan dengki. Kerana cemburu, kita akan buat sesuatu yang buruk kepada orang yang kita cemburu tu maka timbullah perasaan *dengki* tersebut. Cemburu yang asalnya hanya perasaan *lahiriah* daripada hati akhirnya bertukar kepada perbuatan yang boleh merosakkan orang lain dan diri sendiri. 

Menurut al-Zubair bin al-‘Awwam r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Telah menimpa ke atas kamu penyakit umat terdahulu, iaitu hasad dan benci, iaitu perasaan benci menyebabkan seseorang meninggalkan agama.” 
Hadis hasan riwayat al-Tirmizi.

Tips-Tips Menghilangkan Perasaan Dengki

1. Ucapkan tahniah kepada orang yang didengki itu ketika dia mendapat nikmat.
Contohnya orang tu baru melangsungkan perkahwinan. Kita belum lagi. Tengok pula suami dia kacak dan anak orang kaya. Siapa tak jeles? Heh. Jadi eloklah kita ucapkan *tahniah* dan bersalam dengannya. Mana tahu, ada keberkatan Allah Taa'la nak bagi kepada kita selepas ini untuk berkahwin pula?

2. Tutup kelemahan dan kesalahannya
Walaupun dia ada buat salah kepada kita atau orang lain, janganlah kerana perasaan dengki yang menebal, kita berkata buruk pasal dia pula. Memang akan timbul rasa tak puas hati, bila dia dapat apa yang kita takde, lagi-lagi bila dia dapat benda tersebut dengan cara yang salah atau tidak baik. Tapi siapa kita untuk menilai dia? Dia hanya manusia yang tak terlepas daripada kesalahan. Jadi apa kata, daripada kita gosip pasal dia kat belakang, kita cuba nasihatkan dia dengan cara yang baik? (Kalau tak makan saman tu, biarlah. Moga Allah s.w.t.bukakan hatinya untuk kembali ke jalan yang benar.)

3. Ziarahilah dia dengan membawa hadiah
Kawan kita baru dapat anak yang comel. Kita yang dah berapa tahun kahwin, masih belum dikurniakan cahaya mata. Seeloknya kita ziarah dia dan beri diahadiah. Kita kongsi kegembiraan yang dia peroleh itu bersama. Bukan dengan rasa dengki.

4. Hormati dan sayangi orang-orang di sekelilingnya seperti ibu bapanya, ahli keluarganya dan anak-anaknya.
Kadang-kadang perasaan dengki itu lahir, kerana kurangnya perasaan kasih sayang kita sebagai manusia. Kalau kita benci dan dengki kepada orang itu, kadang-kadang kita patut melihat orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mungkin mereka ada buat baik kepada kita. Jadi kita cuba hilangkan perasaan dengki itu sambil mengenangkan kebaikan yang telah dilakukan oleh orang sekelilingnya supaya perasaan hasad dengki itu tertutup kembali. Insya-Allah.

5. Berdoalah kepada Allah s.w.t agar dihilangkan rasa dengki itu.
Selemah-lemah hati, kita haruslah kembali kepada DIA juga. Banyakkan mengucapkan Astagfirullah (Memohon Ampun padaMU Ya Allah) supaya terhindar daripada dosa hasad dengki terhadap orang lain. Kita cermin diri kita. Lihat kelebihan yang kita ada. Kita hayati hidup kita, lihat rezeki yang Allah s.w.t. telah kurniakan kepada kita. Berdoalah, semoga Allah s.w.t. pelihara hati kita daripada perasaan dengki itu.

Doa menghilangkan perasaan dengki.

"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan membawa iman, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sungguh Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (QS. Al-Hasyr: 10).

Sunday, August 14, 2011

Malam Lailatul Qadar

Alhamdulillah. Sedar tak sedar hari ini dah masuk hari yang ke-14 kita umat Islam menunaikan rukun Islam yang ketiga iaitu Berpuasa Pada Bulan Ramadhan.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana mengurniakan umur serta waktu ini untuk sama-sama melakukan amalan dan perintahNya itu. Bulan ramadhan banyak keistimewaan di dalamnya. Dan diantara keistimewaan itu adalah ' Malam Lailatul Qadar '.Pada (malam) lailatul qadar itu Allah memberikan rahmat dan keampunan kepada hamba-hamba yang bangun untuk melakukan amal ibadah kepadaNya. 

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t. yang membawa maksud : "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar"

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia

Pada lailatul qadar adalah di antara waktu-waktu yang mustajab untuk kita berdoa kepada Allah. Semoga Allah memakbulkan doa-doa yang kita mohon pada malam ini. Kita boleh berdoa memohon kepada Allah apa sahaja yang kita inginkan. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh apa sahaja hajat  yang kita inginkan. Berdoalah kita semoga diberikan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Berdoa juga untuk kebahagiaan saudara-saudara kita yang lain.

Kita hendaklah sentiasa memohon keampuan kepada Allah di atas dosa-dosa yang telah kita lakukan. Pada lailatul qadar adalah waktu yang sangat baik bagi kita membersihkan diri dari segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini. Kita hendaklah memperbanyakkan bacaan istighfar kepada Allah dan melakukan solat sunat taubat. Semoga Allah akan memberi keampunan atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Lailatul qadar akan menjadi malam untuk kita suci dari segala dosa-dosa jika kita ikhlas memohon keampunan kepada Allah.

Sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan melakukan amal ibadah dengan penuh keikhlasan pada lailatul qadar bagi mendapatkan keberkatan yang ada pada malam ini. Semoga segala amal ibadah yang kita lakukan pada lailatul qadar ini akan diterima dan diberkati oleh Allah.

Sumber Ihsan : http://www.al-azim.com

Saturday, August 13, 2011

Tazkirah : Guru Adalah Antara Pewaris Nabi

Kerjaya guru tugas mulia di sisi Islam, apatah lagi membabitkan disiplin ilmu berkaitan agama. Islam sebagai satu agama yang mementingkan ilmu pengetahuan, memandang tinggi martabat seorang pendidik sama ada berkaitan ilmu duniawi atau ukhrawi. Dalam hal ini, Rasulullah SAW membuktikan betapa pentingnya peranan guru dalam proses penyebaran dakwah Islamiah pada zaman permulaan Islam. Sebagai utusan terakhir kepada umat manusia, Baginda SAW sendiri mengajar dan mendidik umat manusia berpandukan wahyu Ilahi. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dialah (Allah SWT) yang telah mengutuskan daripada kalangan   orang-orang yang Ummiyyin, seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan membersihkan mereka (dari iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad SAW) itu adalah dalam keadaan sesat yang nyata." (Surah al-Jumu'ah, ayat 2).

Ulamak menggariskan beberapa adab yang perlu diikuti bagi mendapat keberkatan ilmu yang dipelajari. Imam Ghazali r.h. menyebut di dalam kitabnya, Ihya 'Ulum id-Din yang bermaksud: "Apapun yang diterangkan oleh guru semasa pengajian maka hendaklah (penuntut) mengikutinya dan meninggalkan pandangan peribadinya, kerana kesilapan guru lebih bermanfaat dari apa yang mungkin benarnya yang datang dari dirinya (penuntut)."

Sesungguhnya segala amal bakti seorang guru dalam menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada anak didiknya akan melayakkan dirinya mendapat ganjaran kebaikan, meskipun setelah pergi mengadap Ilahi. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya." (Surah al-Muzammil, ayat 20). Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya." (Hadis riwayat Muslim).

Sumber: ihsan  Blog  Abu Fahim 2.0

Seorang Guru Yang Baik Mampu Menerapkan Pelbagai Nilai Di Dalam Pengajarannya..

Tuesday, May 17, 2011

::Kerana namanya Hati::

Hati,
Dikala hatiku masih berbolak balik,
Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti,
Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin,
Aaargh, lemahnya diriku kerna sering tertewas!

Hati,
Kerapuhan hati kian meningkat,
Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembuyi dihatiku,
Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan hati ini,
Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya,
Hati,
Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,
Ku tetapkan hati ,
Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,
Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih,
Hati,
Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya,
Agar sentiasa terpelihara,
Kerna, terlalu lemah untukku memeliharanya,
Ya Allah,
Sesungguhnya aku mengerti ,
Hati ini hanya untukMu,
Ya Allah,
Hanya padaMula aku berserah,
Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali ,
Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi,
Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu

                                                  Petikan ---> iluv Islam.com