Bicara lidah...

Dengan lidah bisa buat hati terluka..
dengan lidah bisa bikin jiwa sengsara..
tajamnya ia dari mata pedang..
mampu menghiris hati kecil...
lembutnya ia mampu mengeraskan jiwa yang kekOsongan tanpa cinta Illahi...
pelihara lidah agar dapat hidup yang penuh dengan barOkah..
InsyaALLAH...

Thursday, November 4, 2010

::Hati Ini diuji lagi::

Ya Allah 
sesungguhnya Dikau Maha Mendengar
Engkau dengarilah rintihan hati hambaMu ini
sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui
Engkau mengetahui segala apa yang berada dihadapan serta dibelakangku
hanya padaMu tempat aku sandarkan segala kesedihan dan kesengsaraan
daku tidak terdaya untuk mengalas segala rasa sayu ini Ya Rabbi..

Berikan padaku pentunjukMu
tunjukkan aku jalan yang harus aku lalui
demi mengubati hati yang penuh kelaraan ini
hamba tidak kuat Ya Allah

Ya Latiff
Engkau lembutkanlah hatiku
lembutkanlah ia dengan rasa kasih padaMu
biar diriku hilang kasih di dunia agar aku tidak halang kasih cintaMu di syurga
aku tidak sanggup menerimanya sekiranya ianya terjadi pada diriku
mana lagi hendakku layarkan rasa duka ini?
mana lagi hendakku adukan rasa ini?
hidup ini tiada maknanya tanpa ehsan dariMu

Ya Rahman
Engkau yang mengatur segalanya
kiranya hadirnya ia membawa kerosakkan padaku
aku pinta padaMu Yang Maha Pengasih
agar dijauhkan hatiku dari hatinya..
tunjukkan kepadaku cara dan jalan mana harus ku ambil..


Ya Muhaimin
jangan diuji lagi hatiku ini
kerna ia tidak terdaya lagi
jangan berikan hati ini terluka lagi
cukuplah sebelum ini ia pernah terluka parah
tetapi sebaliknya Engkau ubatilah hatiku ini
dengan penawar rasa kasih cintaMu..

Aku pohon padaMu 
Yang Maha pencipta..


Sunday, October 31, 2010

:: Salah mentaksir tentang malu??::

Malu...
semua manusia ada rasa ini...
tidak kira lelaki, wanita, dewasa mahupun kanak-kanak yang masih belum baligh umurnya..
tetapi berapa ramai yang tahu mentaksir rasa malu itu? berapa ramai yang menyedari apa yang tersembunyi di sebalik perasaan kurniaan Illahi yang amat indah dan berharga ini?
sedah pasti tidak ramaikan?


Malu suatu rasa yang amat indah sebenarnya..
ada sebab musabab mengapa rasa ini diletakkan dalam diri seseorang yang bergelar manusia itu..

Dari Imran bin Husain ra ia berkata Rasulullah S.A.W. berkata  
“Rasa malu itu tidak mendatangkan kecuali kebaikan.”

Amat bertepatan sekali hadith ini..perasaan malu yang hadir itu tidak lainnya adalah mendatangkan lebih banyak kebaikan daripada keburukkan, malahan tidak keterlaluan jika ana mengatakan bahawa tiada langsung keburukkan yang dibawa oleh sifat malu itu..setujukan kalian semua?wallahuallam...( pendapat masing-masing yea ).

Berbeza dengan keadaan dan fenomena pada dunia akhir zaman ini..
Sejenak mari alihkan pandangan kita pada diri kita, masyarakat pemimpin dan bangsa kita ini. Masihkah kita memiliki rasa malu yg mencegah kita dari berbuat keburukan dan mendorong kita untuk berbuat kebaikan dan ketaatan?Orang sekarang banyak yg tidak malu berbuat maksiyat kejahatan dan kebusukan di depan khalayak ramai tetapi justeru banyak yang malu untuk melakukan kebaikan. Sedangkan melakukan amal kebaikan itu adalah perkara yang dituntut dalam Islam sendiri.

MALU adalah sifat terpuji kerana sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan disebabkan sifat malu menghalang seseorang melakukan kesalahan serta kemungkaran.
Perasaan tidak takut dosa atau azab Allah hanya ada pada mereka yang kering rasa malu dalam jiwa untuk melakukan dosa, malah tidak menghiraukan pandangan orang lain.
Demi menjaga kesucian maruah, masyarakat dan agama, maka setiap individu Muslim perlu menghiasi jiwanya dengan malu serta menganggap sifat itu perkara yang sangat penting perlu ditekankan dalam pembinaan akhlak terpuji.

Mereka yang mempunyai rasa malu termasuk golongan orang beriman kerana malu sebahagian tanda iman seperti dijelaskan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya malu dan keimanan saling berkait, jika salah satunya dikeluarkan yang satu lagi juga akan hilang serentak.” (Hadis riwayat Baihaqi) Diriwayatkan ketika Rasulullah SAW melewati seorang Ansar yang sedang menasihati saudaranya mengenai rasa malu, maka Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Biarlah ia memiliki rasa malu kerana malu itu termasuk dalam keimanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Begitulah bernilainya sifat malu seperti mutiara yang mencantikkan akhlak dan sekali gus menjadi benteng diri, tidak mudah melakukan sebarang maksiat yang dimurkai Allah.
Jika kita renung kisah diceritakan al-Quran mengenai Nabi Yusuf, walaupun diajak Zulaikha melakukan perkara terlarang sambil menutup pintu bilik, Baginda tidak tergoda (ketika itu peluang mereka melakukannya terbuka luas) kerana dihalang rasa malu bersumber daripada telaga keimanan sehingga kehormatan dan kemuliaan sebagai insan berpangkat nabi tidak sedikit tercemar.

Nah...marilah sahabat..apa ditunggu lagi??serapkan rasa malu dalam dirimu..begitu juga dengan ana..mari bersama kita selimuti diri kita ini dengan helaian pakaian rasa malu...Jangan tunggu lagi..!!sementara nikmat rasa malu itu masih dikurniakan olehNya mari gunakannya..sebelum terlambat..

Saturday, October 30, 2010

::Biarlah Kesudahan Kita Dan Dia Di Syurga::

Ramai manusia diserang masalah berkaitan hati, cinta yang diraih seringkali gagal.
Kadang-kadang kita juga sering salahkan takdir, sedangkan kita sebenarnya gagal menempatkan hati pada langkah pertama lagi.
Mengalami masalah hati dan jiwa setiap hari, tapi tidak jumpa solusi yang pasti, selalu membuat kesimpulan gunakan hati (nafsu), bukan berdasarkan al-Quran dan al-Hadith.
Semua insan di dunia inginkan kesenangan dan kebahagiaan.
Justeru, kekadang bila kita melalui hari dengan mudah pada satu-satu hari, rasa bersyukur teramat sangat.
Manakan tidak, setiap hari sebelum memulakan hari baru, kita (niat) sentiasa berdoa demi kebaikan sepanjang hari pada hari tersebut, bermula pada langkah pertama.
Kekadang kita terlalu takut jika Allah Taala tidak menyayangi kita, bila mana kita tidak ditimpakan ujian walau sebutir zarah pada hari-hari yang kita hadapi.
Ujian ini, bukan untuk menakutkan diri, tapi mencari hikmah yang tersembunyi.
Berterima kasihlah kepada Allah Taala kerana masih ditarbiah hati ini.
Cinta melulu hanyalah cinta buat orang yang lemah imannya. Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita selama ini.
Terlalu sayang, sayang hingga bisu untuk menegur kesalahan. Sudah ketara, tapi buat-buat lupa, sudah tahu dan nyata, tetapi pura-pura buat buta.
Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama jadi buta, gelap gelita.
Ya, bila ujian Allah Taala datang mendidik diri, baru sedar, baru terngadah.
Tapi syukur Allah Taala datangkan jua rasa redha di hati ini.
Mujurlah jua Allah Taala tunjukkan jalan mengajar hati redha, terima hakikat.

Allah Taala berfirman;
Bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)" asy-Syam (91:9-10)

Pasti kalian pernah merasai saat genting ini. Ada yang selepas berumahtangga, pengamalan agama dianggap enteng.
Jika dahulu impian ingin membina bait-muslim itu cukup tinggi tetapi apabila ada kelemahan, kekurangan dan kesilapan yang dilakukan, pasangan hanya mengambil langkah berdiam diri hanya kerana cinta, inilah cinta buta tidak nampak akan kesalahan, matlamat pula menghalalkan cara.
Bila cinta Tuhan diketepikan dan kasih sayang makhluk mendasari hati, nafsu menjadi raja dalam diri, kalam Tuhan tidak lagi diikuti. Sesungguhnya manusia apabila mencintai makhlukNya dan mendahului mereka dari Allah, maka tunggulah janjiNya.
Kadang-kadang untuk menyeru kepada kebaikan agak sukar kerana sesetengah orang akan lebih nampak kepada keburukan.
Namun begitu, kita boleh terus berusaha dan istiqamah dalam membuat kebaikan.
Kebaikan tidak semestinya melalui lisan, tetapi boleh juga melalui perbuatan. Kadang-kadang apa yang kita buat lebih memberi kesan berbanding dengan apa yang kita cakapkan. Dunia ini adalah madrasah cinta kita cari.
Allah Taala sedang mengajar dan mendidik kita. Suatu ketika dulu saya juga pernah mengalami perkara yang sama.
Namun diteruskan juga menadah, meminta pertolongan Allah.
Allah Taala akan terus mengajar dan mendidik kita dengan syarat kita mahu belajar sama ada dari pengalaman yang kita lalui, muhasabah diri seterusnya belajar ilmu-ilmu Islami.
Manusia bijak akan menjadi orang lain bergantung kepadanya, bukan sebaliknya. Dia tidak pernah bersikap dan mengambil keputusan dengan mengharapkan orang lain turut sama berendam dalam masalah peribadinya.
Bahawasanya seorang muslim itu mempunyai falsafah hidup, prinsip, risalah, dan ketentuan yang lebih agung daripada hanya sekadar mengharap, balas dendam, dan benci.
Perjalanan hidup berumahtangga sebahagian surat cinta Ilahi. Bahawa dugaan, kepahitan, perpisahan adalah antara isi kandungan surat cinta ini.
Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Mendepani surat cinta ini, inshaAllah akan menyuburkan cinta, sekiranya kita menerimanya sebagai satu tarbiah daripada Allah.
Percayalah, kita pasti akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis selepas kebahagian.
Kesulitan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.
Berbahagialah isteri-isteri yang menjadi solehah hasil bimbingan dan pimpinan para suami soleh.
Beruntunglah isteri-isteri meredhai kehidupan rumahtangga yang dibina.
Kesusahan dan kesulitan sudah menjadi pakaian harian, nilai kasih sayang antara penghuni rumahtangga didahulukan.
Mempunyai peranan.
Peranan takwa dan iman itulah, yang menjadi pasak melahirkan serta mengekalkan konsisten keharmonian cinta yang dirasai dengan cara dan sudut yang pelbagai nantinya.
Banyak versi dan variasi.
Kursus perkahwinan pastinya belum memadai membenihkan nilai-nilai yang perlu kepada bakal pasangan, jika sahaja kayu ukur sebaik para pejuang agama sebahagiannya juga ditakdirkan untuk kecundang.
Ingatlah, ramai pasangan berpisah kerana putus cinta.
Cinta yang matang itu, tidak buta dengan kesalahan dan kekurangan orang lain.
Celik, tetapi hati yang cinta akan berdoa dan berusaha untuk memperbaikinya. Kita terima seadanya.
Dia hamba, kita juga hamba.
Hamba itu lemah dan sentiasa bersalah. Pohonlah kemaafan dan bersedia memaafkan.

Tuesday, October 26, 2010

::Baru terngadah::

Baru balik dari melihat satu kOnsert..tapi bukan kOnsert besar2an pn..hanya sekadar konsert untuk menghilangkan tensiOn student Ipg..ianya dianjurkan Oleh slh seOrg kawan ana di Ipg nie..(xprlulah dimentiOnkan nmanye ye)





Semasa dikOnsert ana tengOk ramai yg gembira...siap ada yg bertepuk tgn lagi sambil mengiringi sesuatu persembahan...ana pada mulanya terikut juga..maklumlah darah muda..(cewahhh)huhu...
tapi tiba2 ada sesuatu yg menarik ana dari terus melakukan perbuatan itu..seperti ada suatu gelOra yg cuba menghentam...

Ana rasa gementar..seluruh kaki tangan menggeletar..nk cakap tidak makan padahal sebelum ke sana tadi ana terlebih dahulu mkn...
mata ana berpinar2...MasyaAllah alangkah seramnya keadaan ana ketika itu...
Apa sebenarnya yang ana rasakan ini..? ana mengajak seOrang rakan ke kOperasi untuk membeli sedikit makanan..tetapi bila menjamah makanan gementar itu tidak juga hilang...

Ana terasa takut..ana meluahkan pada rakan ana itu.."Kenapa badan nie seram sejuk, gementar semacam je"?tetpi rakan tersebut juga buntu..dilihatnya muka ana pucat sekali.."Hafiz kenapa pucat nie"?
ana sendri tidak tahu puncanya...


Kuasa Tuhan melebihi segalanya...itulah ungkapan yg terlintas di benak pemikiran ketika itu..
Ana cuba berselawat ke atas junjungan besar..mOhon pertOlongan dari Dia yang Maha Pengasih..mulut ana tidak bergerak tetapi hati ana tidak henti berzikir..

Ana rasa pelik sangat..kenapa pada malam nie jadi seperti itu?
mungkinkah ini Hidayah untuk ana supaya meninggalkan kOnsert itu?(buat pengetahuan selepas pergi ke kOperasi ana tidak pergi ke tapak kOnsert walaupun hajat untuk ke sana semula selepas membeli makanan)

Tempat itu penuh dengan hiburan...tidak terlanjur sekiranya ana mengatakan penuh maksiat..pelbagai karenah dan gelagat yang ada disana..hiburan yang melalaikan diri ini..



Syukurnya ana rasa..Allah menyelamatkan ana dari terus bergelumang disana...Terima kasih Ya Rabbi..Dikau menyayangi diri hambaMu ini...kasihnya Dikau pada ku tetapi aku??

Sunday, October 24, 2010

::Bila Tiba Dipersimpangan Itu::

Segalanya telah daku cOretkan
Dari awal permulaan hinggalah ke titik penghabisan
Tetapi masih lagi belum daku dapat merasakannya..
Terasa diri ini makin kerdil..
Jauh dariNya..Mungkinkah ini ujian dariMu atau sekadar permainan hati yang bernafsu??
Seringkali tubuh kecil ini tersungkur dek kerana tersadungnya batu keras nafsu durjana

Ya Rabb
Berikan kepada hambaMu ini kekuatan serta ketabahan
Agar bisa diri ini mengalihkan batu keras itu jauh dari pandangan mata kasar serta mata hati
Tidak mahu lagi tersadung dan seterusnya jatuh tersungkur..
Hanya padaMu daku meminta...

Saturday, October 23, 2010

::Kembali Menulis::

Bismillahirrahmannirrahim...
Alhamdulillah setelah lama beristirehat kini dapat ana kembali menulis...
kesibukkan menyiapkan tugasan@assignment membuatkan hidup ini sedikit tidak terurus..
mana dengan amali lagi..MQA lagi...
emm tapi Alhamdulillah Allah Taala masih memberikan kepada ana kesempatan untuk menyiapkan segalanya,,
rindu rasanya untuk menulis...
namun gelombang kedua kesibukkan pasti akan datang lgi..EXAM..ya gelombang itu...
gelombang yg paling getir..huk3...
InsyaAllah akan dilalui dengan penuh hati2...mOhon petunjukMu YA RABB...:D

Monday, August 30, 2010

IIPanduan menjadi manusia paling berbahagia di duniaII

*اجعلي الفرح شكرا والحزن صبرا والصمت تفكرا والنظر اعتبارا والحياة طاعة والموت أمنية ..
Jadilah manusia paling bahagia dengan cara bersyukur, bersedih, bersabar, mendiamkan diri, berfikir, mengambil pengajaran, hidup dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT dan bersedia untuk mati dengan penuh ketenangan.

*إياك والكذوب فإنها مصدر الهموم والأحزان وهي سبب النكبات وباب المصائب والأزمات..
Jauhilah penipuan kerana menipu adalah punca segala kesedihan, kesedihan menyebabkan kemunduran yang memberi peluang kearah penderitaan dan segala permasalahan
.
*اعلمي أن من اغتابك فقد أهدى لك حسناته وحط من سيئاتك وجعللك مشهوره وهذه نعمه..
Ketahuilah orang yang mengumpat kamu adalah orang yang telah menghadiahkan kepada kamu khazanah kebaikan serta menghapuskan segala dosa kamu, dengan perbuatan mereka yang mengumpat kepada anda, anda akan bertambah kemasyhuran.


Firman Allah SWT :
Maksudnya: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)".
(Surah Al-Ahzaab : Ayat 74).




*إذا زارتك شده فاعلمي أنها سحابة صيف عن قليل تقشع ولايخيفك رعدها ولايرهبك برقها فربما كانت محملة بالغيث..
Jika kamu ditimpa kesusahan, ketahuilah ianya bagaikan awan yang berlalu di musim panas, yang pasti tidak kekal, yakinlah hujan rahmat akan tiba apabila awan tersebut berlalu.

*إذاوقعت عليك مصيبة أوشدة فافرحي بكل يوم يمر منها لأنه يخفف منها وينقص من عمرها لأن للشده عمرا كعمر
Jika kamu ditimpa musibah, bergembiralah kerana selepas kesusahan kamu akan menemui kesenangan, sesungguhnya itulah saat yang paling bernilai dalam hidup kamu.

الإنسان لاتتعداه..
Jangan bermusuhan dengan manusia…

لاتنسونا من الدعاء ..
Jangan lupa untuk berdoa….
((اللهم طهر قلوبنا من النفاق وأعمالنا من الرياء ))

Ya Allah, sucikanlah hati kami dari sifat munafiq dan sucikanlah amalan kami dari riya’ atau menunjuk-nunjuk.

::Doaku buatmu sang kekasih::

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.


::Sesungguhnya cinta yang sebenar adalah cinta Illahi::

Sunday, August 29, 2010

::Kerana Kasihkan Palestine::




Ikhwanul Muslimin dan Persatuan Ulama Muslimin Sedunia menyeru semua bangsa Arab dan Islam, segala parti politik dan semua tenaga kekuatan kebangsaan serta manusia-manusia merdeka di dunia ini, lelaki mahupun wanita, warga tua mahupun pemuda, kami menyeru mereka untuk mempamer dan mengungkapkan penolakan secara aman mereka terhadap jenayah tak bertamaddun yang amat jelek ini.
Ikhwanul Muslimin dan Persatuan Ulama Muslimin Sedunia menyeru mereka agar mempergiatkan demonstrasi pada hari Jumaat akan datang. Ikhwanul Muslimin dan Persatuan Ulama Muslimin Sedunia turut mengundang para khatib di masjid-masjid untuk mengecam jenayah besar ini dengan menjadikan hari tersebut sebagai hari kemarahan rakyat muslim menentang musuh Zionis juga sebagai hari sokongan kepada rakyat Gaza yang ditindas namun tetap tabah lagi sabar.
Dalam hal ini, kami menyeru seluruh umat agar:
1) Bertindak dan memberi tekanan berkesan melalui pandangan umum dan wahana yang aman ke atas pentadbiran dan kerajaan-kerajaan Arab dan Islam agar mereka memainkan peranan dan tanggungjawab untuk menghentikan malapetaka ini, di samping menegaskan bahawa Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa merupakan tanggungjawab semua orang Arab dan Muslim, dan tidak boleh dijadikan bahan tawar menawar dalam perundingan.
2) Menggerakkan organisasi-organisa si antarabangsa dan tempatan serta agensi-agensi masyarakat madani untuk menghentikan segala perancangan Zionis dan memadamkan percubaan mereka untuk mencetuskan perang dunia sebagaimana yang mereka lakukan sebelumnya dalam sejarah.
3) Peri perlunya memutuskan hubungan dengan musuh Zionis sama ada dari segi politik, diplomatik mahupun ekonomi, termasuk segala tindakan berkaitan seperti menyingkirkan duta-duta mereka, menghentikan segala proses normalisasi hubungan dengan mereka dan meningkatkan keberkesanan segala bentuk boikot.
4) Membatalkan segala perjanjian yang dimeterai sebelum ini dengan tujuan perdamaian yang didakyahkan antara Zionis dan negara-negara Arab dan Islam, di samping mengisytiharkan semua perlanggaran kini yang mencabuli perjanjian-perjanji an yang dijaja ini.
5) Menyeru semua anggota parlimen di Mesir dan negara-negara Arab serta  Islam yang lain, termasuk Palestin agar mereka memainkan peranan aktif dalam menyekat perancangan Zionis untuk meng’Yahudi’kan Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa, serta mengaktifkan Biro Baitul Maqdis.
6) Mengisytiharkan Jumaat, 4 Jun 2010 sebagai hari kemarahan antarabangsa oleh semua bangsa Arab, Islam dan golongan merdeka di dunia, untuk semuanya bersatu berdiri dalam satu saf menentang Zionis, agenda dan pencerobohan mereka, juga pihak-pihak yang membantu atau menyokong mereka.
7) Melakukan seruan berterusan untuk mengulangi penyataan kemarahan menentang Zionis sebegini, sebagai satu kewajipan akhlak, kemanusiaan, cintakan tanahair, perundangan dan kebangsaan.

Kewajipan Keluarga Arab dan Muslim Dengan Isu Palestin
Pertama: Pendidik
  • Meningkatkan pengetahuan tentang Palestin (geografi, sejarah, dll).
  • Meningkatkan pengetahuan tentang penceroboh Zionis; mereka adalah manusia yang paling memusuhi kita.
  • Mengetahui kedudukan Baitul Maqdis di sisi umat Islam.
  • Mengetahui kefardhuan membebaskan Palestin dan Baitul Maqdis.
  • Mendapatkan segala buku, penerbitan dan keluaran yang mendokong isu ini.
  • Memperelokkan penyampaian maklumat yang diketahui berkenaan isu Palestin kepada anak-anak.
Kedua: Pelajar
  • Diikat akidahnya dengan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
  • Dididik tentang kefardhuan umat Islam membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
  • Mengetahui geografi, sejarah dan politik Palestin.
  • Mengetahui kewajipannya terhadap saudara-saudaranya di Palestin.
  • Meningkatkan pengetahuan tentang Zionis dan dididik untuk membenci mereka lantaran mereka adalah manusia yang paling memusuhi kita.
  • Menjadi teladan dari aspek keprihatinan, pemboikotan dan derma.
  • Memperkenalkan isu ini kepada rakan-rakan, jiran tetangga, kaum kerabat dan keluarga.
  • Mendermakan sebahagian dari belanja hariannya dan mengumpul derma daripada rakan-rakan dan kaum kerabatnya untuk Paletsin.
  • Memboikot segala barangan Yahudi atau Amerika, dan mengajak orang lain untuk memboikot.
  • Mempersiapkan kerohaniannya dengan solat fardhu berjamaah, qiamullail dan berdoa.
  • Mempersiapkan fizikalnya dengan praktis latihan fizikal.
  • Mendidiknya dengan sifat berani dan cintakan jihad.
  • Memperkenalkannya tentang faktor-faktor kemenangan dan kekalahan.
  • Membiasakan dirinya untuk berpuasa sehari dalam seminggu.
  • Hidup dengan al-Quran dari aspek bacaan, hafalan, pemahaman dan aplikasi.
  • Menyertai kegiatan-kegiatan sukan dengan nama kota atau syuhada’ di Palestin.
  • Melakukan perjalanan-perjalan an untuk meningkatkan daya tahan dirinya.
  • Menganjurkan dan terlibat dalam persidangan- persidangan khas berkenaan Palestin.
  • Menyertai kegiatan-kegiatan budaya dan kajian berkenaan Palestin.
  • Menghantar mesej peribadi berkenaan Palestin, kepada salah satu majalah atau surat khabar (sekali seminggu).
  • Menyertai radio sekolah dengan berita atau lagu untuk Palestin.
  • Menghafal dan mengulangi lagu untuk Palestin.
  • Menyertai karnival dan keraian berkenaan Palestin.
  • Mengadakan lelongan produk dan barangan anak-anak untuk disalurkan ke Palestin.
  • Menyediakan tabung dan album Palestin dan mempergiatkannya.
  • Terlibat dalam pengagihan album dan tabung, untuk memperkenalkan isu Palestin dan pengumpulan derma.
  • Mengadakan buku skrap gambar dan maklumat untuk meningkatkan keprihatinan dan kesedaran terhadap isu ini.
  • Memilih salah seorang saudaranya di Palestin sebagai ikon heroic, mengetahui maklumat berkenaan dirinya, membawa fotonya di dalam dompet, melekatkan foto itu pada nota, buku, dan meja.
  • Meyakini pertolongan Allah kepada agamanya mengalahkan kebatilan Zionis.

Sumber: Ikhwan Online

Thursday, August 26, 2010

::Ingat Mati::

Ini adalah tanda-tanda awal dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh mereka yang dikehendakiNya.
Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma saja
mereka sedar atau tidak.
 
Tanda hampirnya mati

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu
dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau
seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lezat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik di hati
bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan
hilang setelah kita sadar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan
kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu
saja tanpa sembarang manfaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik
untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan
dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu
dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan
bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya Cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba
ia berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini
akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk
kedalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan
disebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bagian pusat dan
rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah Syahadah dan berdiam diri
dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali
kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Pesanan ini adalah untuk mengingatkan kita tentang mati. Semua manusia pasti mati dan
sesungguhnya mengingati mati itu adalah satu perbuatan yang paling bijak.

::Tangisan Seorang yang Bergelar Isteri::

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.



::Kerana Kau Isteriku::

Pernikahan akan menyingkap tabir rahsia bahawa isteri yang kau nikahi tidak seindah yang diimpikan.

Isterimu bukanlah..semulia Khatijah, setaqwa Aisyah, setabah Fatimah, secantik Zulaikha. Justeru isterimu adalah isteri akhir zaman, yang InsyaAllah akan melahirkan anak soleh dari rahimnya.

Pernikahan mengajarkan kita berkewajipan yang sama;

Isteri menjadi tanah, dan Suami menjadi penaungnya.


Suami menjadi sebuah pondok, dan Isteri menjadi penghuninya.


Saat Isteri menjadi madu, kamu teguk kesegarannya.


Di kala Suami menjadi raja, kau nikmati anggur singgahsananya.


Ketika Isteri menjadi racun, Suami menjadi penawar bisanya.


Pabila Suami menjadi bisa, Isteri bisa jadi penawarnya.


Pernikahan akan menginsafkan kita akan perlunya Iman dan Taqwa kerana memiliki suami tidak se-arif Abu Bakar, seberani Umar Bin Khattab, se-kaya Ustman Bin Affan dan segagah Ali Bin Ab Tholib.


Suami mu adalah..suami akhir zaman yang InsyaAllah, Membimbingmu menempuh jalan yang diredhai Allah.

Namun senantiasalah berikhtiar semoga menjadi suami/isteri yang soleh dan solehah, agar keluargamu akan menjadi keluarga Sakinah, Mawadah, Warrohmah.


Nota ringkas: Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama.

::Merajukkah Hati Ini?::

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~



Merajukkah hati ini??entahlah diri sendiri pun tidak tahu...masih tertanya2..masih mencari erti yang sebenar-benarnya..

Acap kali sudah hati ini merintih kesedihan..kepiluan dek kerana sesuatu yang xpasti malahan xkan pernah pasti..

Diri kerdil ini sudah menyedarinya lama tapi masih berdegil untuk menagihnya..sampai bila??
Air mata ini sudah banyak menitik bawah..jatuh mengalir kerana terkenangkan peristiwa itu..
Tidak mahu lagi membiarkan ianya terus mengalir..mahalnya harga sebutir permata jernih ini..

Tuesday, August 24, 2010

::Mula Mempelajari::

~Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang~

Alhamdulillah Allah membukakan pintu hati ana untuk menanam minat terhadap bahasa Arab..Bahas yang menjadi bahasa ibunda Nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Ana sendiri tidak tahu dari mana datangnya minat ini..mungkin tertarik setelah membaca blog sahabat-sahabat yang banyak menggunakan panggilan dalam bahasa Arab..
Ana mulakan dengan kata ganti nama seperti: 
  • Ana
  • Anta
  • Anti
  • Akhi
  • Ukhti
Jika ana tersilap harap diperbetulkan ya..!! Ana budak baru belajar..:)..masih meraba-raba lagi..
perlahan-lahan bermula dari bawah..Jika akhi @ ukhti yang pandai berbahasa Arab bolehlah ajarkan kepada ana ya..huhu..InsyaAllah..

::Adab Berdoa:;

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Alhamdulillah ana masih lagi diberikan kesempatan untuk meng'update' blog ana ini..
bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini marilah kita sama-sama mempertingkatkan amal ibadah kita kepada Allah S.W.T. 
Moga kita beroleh kebahagiaan dan jua kejayaan di dunia juga di akhirat kelak..InsyaAllah..


Perbanyakkan zikir,serta doa..
Sebut mengenai doa, ana mahulah sedikit sebanyak menceritakan mengenainya..
Setiap insan yang beriman di muka bumi ini menginginkan sesuatu hajat mereka dipenuhi..Dalam islam kita digalakkan untuk berdoa kepada Allah Yang Maha Esa..


Allah jua berfirman di dalam Al-Quran:
"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina"
(QS. 40 : 60).

Namun begitu, di dalam doa kita juga terdapat adab-adab yang harus dijaga supaya Allah memakbulkan doa tersebut..
Izinkan untuk ana berkongsi kepada akhi dan ukhti sekali mengenai adab-adab dalam berdoa. Adab berdoa dalam Islam yang diajarkan oleh Allah dan Rasul-Nya adalah sebagai berikut :


  • Ikhlas karena Allah semata. (QS. Al-Mu’min: 14),(QS. Al-Bayyinnah: 5)
  •  Mengawalinya dengan pujian dan sanjungan kepada Allah, lalu diikuti dengan bacaan shalawat kepada atas Rasulullah dan diakhiri dengannya.
  • Bersungguh-sungguh dalam memanjatkan do’a serta yakin akan dikabulkan
  • Mendesak dengan penuh kerendahan dalam berdo’a dan tidak terburu-buru.
  • Menghadirkan hati dalam do’a.
  • Memanjatkan do’a, baik dalam keadaan lapang maupun susah.
  • Tidak boleh berdo’a dan memohon sesuatu kecuali hanya kepada Allah semata.
  • Tidak mendo’akan keburukan kepada keluarga, harta, anak dan diri sendiri.
  • Merendahkan suara ketika berdo’a, yaitu antara samar dan keras. (QS. Al-A’raaf: 55, 205).
  • Mengakui dosa yang telah diperbuat, lalu mohon ampunan atasnya, serta mengakui nikmat yang telah diterima dan bersyukur kepada Allah atas nikmat tersebut.
  • Tidak membebani diri dalam membuat sajak dalam do’a.
  • Tadharru’ (merendahkan diri), khusyu’, raghbah (berharap untuk dikabulkan) dan rahbah (rasa takut tidak dikabulkan). (QS. Al-Anbiyaa’: 90).
  • Mengembalikan (hak orang lain) yang dizhalimi disertai dengan taubat.
  • Memanjatkan do’a tiga kali.
  • Menghadap Qiblat.
  • Mengangkat kedua tangan dalam do’a.
  • Jika mungkin berwudhu’ terlebih dahulu sebelum berdo’a.
  • Tidak berlebih-lebihan dalam berdo’a.
  • Tawassul kepada Allah dengan Asmaa’-ul Husna dan sifat-sifatNya yang Maha Tinggi, atau dengan amal shalih yang pernah dikerjakannya sendiri atau dengan do’a seorang shalih yang masih hidup dan berada di hadapannya.
  • Makanan dan minuman yang dikonsumsi serta pakaian yang dikenakan harus berasal dari usaha yang halal.
  • Tidak berdo’a untuk suatu dosa atau memutuskan silaturahim.
  • Menjauhi segala bentuk kemaksiatan.
  • Harus menegakkan amar ma’ruf nahi munkar (menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemunkaran).
  • Hendaklah orang yang berdo’a memulai dengan mendo’akan diri sendiri, jika dia hendak medo’akan orang lain.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (QS. 2 : 186).
 
 
 ::Berdoalah dengan hati yang tulus suci, moga doa dimakbulkan Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang::

Monday, August 23, 2010

::Alhamdulillah, Syukran jazilan::

Alhamdulillah..saya baru sahaja menyiapkan satu lagi blog untuk tatapan semua. Siang tadi pensyarah untuk subjek Minor saya iaitu En.suhemi ( betul x ejaannya ini ) hihi, telah mengarahkan kami supaya menyediakan satu blog untuk subjek BMM 3103..

Blog ini banyak berkisarkan tentang subjek itu sendiri..ianya sebagai permulaan bagi ISL kami..Makin tinggi level pembelajaran makin payah..harap diberikan kekuatan oleh Illahi untuk terus meng'update' blog ini..

Dapat sahaja tugasan terus buat. Tidak mahu tangguh2..nanti kerja dah bertimbun mulalah sakit kepala..
Diharapkan dengan adanya blog tersebut dapat jualah saya bertukar2 sebarang nota yang berkaitan. Disamping turut menjadi panduan untuk sahabat2 yang lainnya..InsyaAllah..

Sunday, August 22, 2010

aku renungi kebesaranMu Ya Rabbi..

Alhamdulillah selesai berbuka bersama seorang sahabat yang amat saya kasihi..radix fried chicken a.k.a. RFC..
tidak sangka ianya begitu sedap..tidak keterlaluan jika saya menyatakan bahawa prOduk ini mampu menyaingi prOduk2 lain yang ada dipasaran..dan yang paling mustahak ianya adalah merupakan produk Islam..InsyaALLAH ianya akan maju..
Selesai berbuka saya bersama sahabat menunaikan sOlat Maghrib disurau premis tersebut..kami sOlat berjemaah..kerana disitu adanya rahmat yang berlipat ganda..InsyaALLAH..Syukur kerna masih diberikan peluang lagi untuk menunaikan sOlat berjemaah bersama-sama sahabat saya itu..
Ramai yang mengatakan keluar malam amat menyerOnOkkan...Ya!! itu saya tidak nafikan..tetapi ianya haruslah bertepatan dengan tujuan..selaraskan nawaitu...InsyaAllah apa yang dirancang berjalan dengan baik..
Sahabat saya membawa saya rOnda-rOnda pada malam ini..mungkin pada mulanya saya hanya menganggapnya membuang masa..tetapi tidak disangka ada hikmah disebaliknya..
Saya dapat melihat keindahan malam ciptaan Allah yang amat mengkagumkan..Subhanallah..ianya amat indah sekali..betapa besarnya kurniaan Illahi...betapa agungnya kebesaranNya..
Dia yang menjadikan siang dan juga malam..walaupun gelap namun pada malam itu terselit banyak keindahan yang tidak mampu diterOkai Oleh celik akal manusia..
Melihat bintang dan bulan membuatkan hati ini tenang, sejuk...Betapa pengasih dan penyayangnya Allah yang menjadikan "hiburan" ini kepada manusia.. TERIMA KASIH YA RABBI..

Wednesday, August 18, 2010

**sEgengGam taBah**

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

~``Lelaki...~~``

"Katakanlah kepada lelaki2 yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya & memelihara kemaluannya; yg demikian itu lebih suci bg mereka. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yg mereka lakukan"
An-Nur,24:30
*************************************************

“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai? Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki...Tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”~~


 

carilah cinta sebenarnya cinta sebelum layak menggapai cinta manusia...
bunga yang segar jua akan layu jika tanpa baja asas yang kukuh..begitu jugalah dengan kasih dan sayang manusia..tidak terjalin tanpa kasih sayang dari Dia yang sememangnya Maha pengasih lagi Maha penyayang...renungkan bersama wahai pemudaku...
jangan terlalu rakus mengejar cinta manusia sampai dikau lupa akan cinta ALLAH yang Esa..
aku berkata jua untuk diriku..mari bersama perbaiki diri..InsyaALLAH akan berOleh cinta Illahi...

:::andai ianya terakhir buatku:::

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tidak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu..kepadaNya Tuhan yg satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yg dikerjakan sungguh khusyuk lagi tawadduk
tubuh dan qalbu bersatu memperhambakan diri
menghadap Rabbul Jalil..menangisi kecurangan janji

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yg berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yg terluang
alunan al-Quran bakal kau dendangkan bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih..berqiamulail..bertahajjud..
mengadu..merintih..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak ke syurgaMu
tapi aku takut untuk ke nerakaMu"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yg tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru..kita cari..suatu malam idaman
yg lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal meyediakan batin dan zahir
mempersiakan diri rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Illahi
andai ini Ramadhan terakhir buat aku
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti paling berseri
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu ya Illahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

namun teman
tak akan ada manusia yg bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yg terakhir baginya
yg mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha..bersedia..meminta belas-Nya

andai benar ini Ramadhan terakhir buatku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YG PERNAH AKU LAKUKAN

Alamat Mimpi

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:”Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah, (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain.” (Muslim)
 
 
Setiap daripada kita pernah mengalami mimpi. Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk. Namun tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya. Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalkan kesan kepada kita dan tidak kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran benar terhadap sesuatu yang akan berlaku. Contohnya, Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain yang mengalami mimpi yang benar seperti kisah yang melatarbelakangkan sambuatan perayaan Idul Adha. Nabi Ibrahim a.s bermimpi, lalu baginda menceritakan hal mimpinya itu kepada anaknya, Ismail, "Wahai anakku, aku bermimpi menyembelihmu. 
 
Bagaimana pendapatmu?" (as-Shaffat: 102). Kerana yakin mimpi itu datang daripada Allah S.W.T, maka nabi Ismail a.s merelakan dirinya dikorbankan. Allah menghargai kesetiaan hamba-hamba-Nya yang soleh ini lalu menggantikan Ismail dengan seekor kibas. Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf a.s. Diceritakan bahawa pada suatu hari nabi Yusuf mengkhabarkan kepada bapanya nabi Ya'qub,"Wahai bapaku, aku melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan bersujud kepadaku." (Yusuf: 4). Ternyata mimpi ini membawa petanda baik bahawa nabi Yusuf akhirnya diangkat menjadi pemimpin yang berkuasa dan bijak. Namun mimpi bagi insan yang jauh dari keimanan kebanyakannya datang daripada syaitan. 
 
Jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar mereka yang jauh daripada kebenaran (hidayah) itu kembali dekat kepada-Nya.

Bidadari chumel..

wahhh...Idup saya epi sgt rinie..
saya dikelilingi dengan bidadari2 yang amat chumel..
disaat keletihan saya mengendalikan majlis sambutan bulan kemerdekaan di skolh tempat saya ber'praktikum'
bila tengOk sahaja wajah2 chumel n riang ini..zuuuupPPP!!ilang sume penat saya..
mereka pengubat hati saya...


mereka amat chumel..
bila berkata2 mereka petah sekali..
tidak kering gusi dibuatnya..layan karenah mereka nie xde letih pn..
tapi saya berbunga2 dengan rasa sayang dan kasih..
bila lalu jea depan mereka..mereka akan menjerit "Encik hafiz..encik hafiz nk salam...
lantas saya hulurkan tangan..sungguh sOpan mereka..
terhibur rasa hati ini...


tadi sambutan manyak epi OO..huhu
bidadari chumel saya berJOGET sakan atas pentas..
mane xnye lagu pOp yeh yeh..ewahh...
best2...sakan perut saya gelak..huhuhu...
best sangat,,,


tapikan...syangnye...
saya dah nk abs dh berprktikum kt situ..
tggl sehari saja lagi..
sayangnye nk tgglkan bidadariku...
mereka asyik cakap kt saya ' cikgu janganlah pergi..kalau cikgu xde xsyok la...xbest..."
saya hampir nk menangis tyme mereka cakap camtu...
betapa sayangnya mereka pada saya..
begitu juga saya..

Tuesday, August 17, 2010

Lu fikirlah Sendiri!!

Ramai yang lupa akan diriNya...bila senang semua lupa..xpernah fikir pun pasal Dia...entah2 xpernah terlintas pun dalam kotak fikiran..
bila dah kaya xpernah berfikir untuk berbakti pada jalanNya..
bila sihat xpernah nak buat apa yang disuruhNya...
biarkan saja...


bila ditanya mengapa xlakukan?/mengapa xbuat..
jawabnya" alah relax la..muda lagi.."
aduhai senangnya bagi jawapan..pejam mata pn buleh jawab yea...
tapi kenapa bila tyme susah mintak kat Dia??
siang nie mintak malam kang nak dapat dah...
bila xdpt salahkan..cakap Dia xsayang la apa lah...
tapi xpe Dia xkesah..untuk kita semua Dia xpernah berkira...cuma kite je yg selalu berkira...
nak buat apa yang disuruh cOntOhnya cam sOlat...jap la..zOhOr panjang lagi...jap la nk abiskan kerje dulu...
berkira la tu...xbuleh langsung nk spend abOut 10 minute untuk buat perkara yang simple cm tu...Malu la...
kalau lelaki dah hilang ke'machOan' tw...hehehe...


Bila tyme terdesak lembut gigi dari lidah..macam2 kata2 manis keluar...
meratap merayu mintak pertOlOngan...air mata dekat sebaldi..
tapi bila dah dapat..perghhh camtu je pegi...BAGUS TOL!!..
tapi Dia xpenah simpan dendam..Dia tetap kasih dan sayangkan kita..
sebb tu sifat Dia..Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
kita xpenah amik sifatNya itu untuk jadikan rebutan...
pe salahnya rebut kasih sayangNya melalui amal ibadat...
pe salahnya rebut sifat pemurahNya untuk mencari redhaNya..
haii nie la manusia..mudah sangat lupa...
sibuk memperkatakan 'melayu mudah lupa'..kenapa tidak tukat saja pada ' manusia mudah lupa'?


Bila duk kt kedai kOpi sibuk membicarakan hal2 pOlitik..kOndem itu ini yang xkene..
tapi diri sendri xcermin ke abg Oii...
duk kt kedai kOpi tyme Owg sOlat maghrib berjemaah..awk duk 'BERJEMAAH' kt kedai kopi yang xde dek untung...sedarlah...umO dah lanjut...dah jadik bapak Owg pun...
sibuk nk jadi pemimpin negara...diri sendri pn xterpimpin...payah bang!!....


Dah la..jangan jadik KACANG LUPAKAN KULIT..
sedar le..fikir2..
dari Dia kita datang pada Dia gak kita balik..
xmalu ke nanti bila nak menghadap Dia...??


nie bukan marah atau perli..
tapi nasihat...
ingatkan diri...
samalah jugk ngn dri ini..
sentiasa beringatlah...
kita menumpang je kt sini..
sO menumpang wt la cara menumpang..
hOrmat pemilik asal...
sapa dia pemilik asal??
aduhai!!
ALLAH S.W.T le...

Akhirnya..(",)/

Aku sudah mampu tersenyum..
tersenyum pada diriku yang selama beberapa hari nie asyik bersedih, muram..
sampaikan anak muridku pn tegur " cikgu awat sedey"?
macam mana nk jawab tu..huhu...

aku sedih sebab seorang sahabat...
dan aku gembira juga kerna seorang sahabat..
Yang Maha Esa mendengar rintihan hatiku..
berkat dOa di bulan yang penuh kemuliaan ini..
Dia tidak mahu aku bersedih..
lantas dimakbulkan dOaku..
TERIMA KASIH ALLAH..SAYANG ALLAH SANGAT2...

bukan apa..
aku tidak mahu kehilangan sahabatku itu..
3tahun melalui segalanya...
Ya Rabbi Engkau telah menemukan kami..
janganlah Engkau pisahkan kami hanya kerana dek kesalahan diantara kami..


dia cakap aku kuat merajOk..
emm betul ke??eh malu la nk ckp..hik3
cket le...cket jew..lalllalalla...
merajOk pn sebab pe sebab awk gk..
jdik bende tu namO agtw..
simpan sOwg2...
tarik telinga kang...( nak jgk menang even dh terang2 slh sndri );D


camne nk buang tebiat yg suke nO merajOk nie??
waaaaaaaa!!!pwOblem2...
klu mOtO senang jew nk tukar minyak itam...
xelOk jenama nie p bengkel bli jenama mahal cket..ok le dia..
tp perangai huduh aku nie cmne nk tkar??
ade jual xperangai elOk cket kt kedai??
tescO ke!!?
mahal pn xpe la..sanggup jew..huk3


awak..
Owg dah sedar skang...
Owg banyak wt awk terasa ngn Owg..
tapi awk xpenah ungkit..
xpenah bangkit depan Owg..
awk pendam semuanya..
dan tdi awk luahkan segalanya..
walaupun dlm alam maya tpi Owg thu perasaan awk tyme tu...
Owg mintk maaf sgt2...

Mengapa Belajar Untuk Mengajar?

Maksud hadis: Daripada Saad bin 'Ubadah, daripada Abi Abd Rahman as-Sulami, daripada Uthman bin Affan ra, daripada Nabi SAW bersabda:

 "Sebaik-baik kamu adalah sesiapa yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya"
(Riwayat oleh Bukhary, Abu Daud, Tirmizi, Nasaie, Ahmad dan ramai lagi).


Sebuah Hadis daripada Abu Hurairah ra. , bahawa Baginda Nabi SAW bersabda, maksudnya:

 “Sesiapa yang menunjukkan ke jalan kebaikan, akan diberi kepadanya pahala sebanyak mana pahala orang yang melaksanakan kebaikan tersebut, tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka semua itu. Seterusnya sesiapa yang menunjukkan ke jalan kesesatan, akan diberi kepadanya dosa, sebanyak mana dosa orang yang telah melaksanakan kesesatan tersebut, tanpa kurang sedikit pun daripada dosa-dosa mereka semua itu.”




Diriwayatkan oleh Imam Abu Hanifah Bin Nukman daripada Hammad bin Ibrahim berkata:

 “Dibentangkan amalan seseorang dan diletakkan di atas satu timbangan, ternyata ringannya. Seterusnya didatangkan pula sesuatu yang besar seolah-olah awan, maka diletakkan di atas satu timbangan yang lain, maka ternyata benda tersebut memberatkan timbangannya. Maka dikatakan kepadanya: “Tahukah kamu apakah benda ini?” . Maka Dia menjawab: “Tidak tahu”. Maka diberitahu kepadanya: “Inilah kelebihan ilmu yang engkau mengajarkannya kepada orang lain.”


.. Bila rasa kecewa..

ingatlah bila rasa kecewa 
kembalilah kepadaNya
pasti dirimu akan kembali ceria



 
bila rasa kecewa 
kembalilah bertaut pada cintanya
kerana disitulah letaknya kemanisan cinta yang sebenar

bila rasa kecewa
bangkitlah kembali dengan berpaut pada jalinan tali
keberkatanNya
kerana disitu letaknya pegangan yang sebenarnya amat
erat

bila rasa kecewa
 mengadulah pada Yang Esa
kerna hanya Dia yang sudi mendengar
hakikatnya Dia Maha Mendengar

bila rasa kecewa
jangan mudah rasa berpaling
sebaliknya cucikan hatimu dengan siraman kasih dan sayangNya
kerana Tuhan mu itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Monday, August 16, 2010

sahabatku jangan kecewa..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?
 
 
Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah…