Bicara lidah...

Dengan lidah bisa buat hati terluka..
dengan lidah bisa bikin jiwa sengsara..
tajamnya ia dari mata pedang..
mampu menghiris hati kecil...
lembutnya ia mampu mengeraskan jiwa yang kekOsongan tanpa cinta Illahi...
pelihara lidah agar dapat hidup yang penuh dengan barOkah..
InsyaALLAH...

Sunday, October 31, 2010

:: Salah mentaksir tentang malu??::

Malu...
semua manusia ada rasa ini...
tidak kira lelaki, wanita, dewasa mahupun kanak-kanak yang masih belum baligh umurnya..
tetapi berapa ramai yang tahu mentaksir rasa malu itu? berapa ramai yang menyedari apa yang tersembunyi di sebalik perasaan kurniaan Illahi yang amat indah dan berharga ini?
sedah pasti tidak ramaikan?


Malu suatu rasa yang amat indah sebenarnya..
ada sebab musabab mengapa rasa ini diletakkan dalam diri seseorang yang bergelar manusia itu..

Dari Imran bin Husain ra ia berkata Rasulullah S.A.W. berkata  
“Rasa malu itu tidak mendatangkan kecuali kebaikan.”

Amat bertepatan sekali hadith ini..perasaan malu yang hadir itu tidak lainnya adalah mendatangkan lebih banyak kebaikan daripada keburukkan, malahan tidak keterlaluan jika ana mengatakan bahawa tiada langsung keburukkan yang dibawa oleh sifat malu itu..setujukan kalian semua?wallahuallam...( pendapat masing-masing yea ).

Berbeza dengan keadaan dan fenomena pada dunia akhir zaman ini..
Sejenak mari alihkan pandangan kita pada diri kita, masyarakat pemimpin dan bangsa kita ini. Masihkah kita memiliki rasa malu yg mencegah kita dari berbuat keburukan dan mendorong kita untuk berbuat kebaikan dan ketaatan?Orang sekarang banyak yg tidak malu berbuat maksiyat kejahatan dan kebusukan di depan khalayak ramai tetapi justeru banyak yang malu untuk melakukan kebaikan. Sedangkan melakukan amal kebaikan itu adalah perkara yang dituntut dalam Islam sendiri.

MALU adalah sifat terpuji kerana sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan disebabkan sifat malu menghalang seseorang melakukan kesalahan serta kemungkaran.
Perasaan tidak takut dosa atau azab Allah hanya ada pada mereka yang kering rasa malu dalam jiwa untuk melakukan dosa, malah tidak menghiraukan pandangan orang lain.
Demi menjaga kesucian maruah, masyarakat dan agama, maka setiap individu Muslim perlu menghiasi jiwanya dengan malu serta menganggap sifat itu perkara yang sangat penting perlu ditekankan dalam pembinaan akhlak terpuji.

Mereka yang mempunyai rasa malu termasuk golongan orang beriman kerana malu sebahagian tanda iman seperti dijelaskan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya malu dan keimanan saling berkait, jika salah satunya dikeluarkan yang satu lagi juga akan hilang serentak.” (Hadis riwayat Baihaqi) Diriwayatkan ketika Rasulullah SAW melewati seorang Ansar yang sedang menasihati saudaranya mengenai rasa malu, maka Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Biarlah ia memiliki rasa malu kerana malu itu termasuk dalam keimanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Begitulah bernilainya sifat malu seperti mutiara yang mencantikkan akhlak dan sekali gus menjadi benteng diri, tidak mudah melakukan sebarang maksiat yang dimurkai Allah.
Jika kita renung kisah diceritakan al-Quran mengenai Nabi Yusuf, walaupun diajak Zulaikha melakukan perkara terlarang sambil menutup pintu bilik, Baginda tidak tergoda (ketika itu peluang mereka melakukannya terbuka luas) kerana dihalang rasa malu bersumber daripada telaga keimanan sehingga kehormatan dan kemuliaan sebagai insan berpangkat nabi tidak sedikit tercemar.

Nah...marilah sahabat..apa ditunggu lagi??serapkan rasa malu dalam dirimu..begitu juga dengan ana..mari bersama kita selimuti diri kita ini dengan helaian pakaian rasa malu...Jangan tunggu lagi..!!sementara nikmat rasa malu itu masih dikurniakan olehNya mari gunakannya..sebelum terlambat..

Saturday, October 30, 2010

::Biarlah Kesudahan Kita Dan Dia Di Syurga::

Ramai manusia diserang masalah berkaitan hati, cinta yang diraih seringkali gagal.
Kadang-kadang kita juga sering salahkan takdir, sedangkan kita sebenarnya gagal menempatkan hati pada langkah pertama lagi.
Mengalami masalah hati dan jiwa setiap hari, tapi tidak jumpa solusi yang pasti, selalu membuat kesimpulan gunakan hati (nafsu), bukan berdasarkan al-Quran dan al-Hadith.
Semua insan di dunia inginkan kesenangan dan kebahagiaan.
Justeru, kekadang bila kita melalui hari dengan mudah pada satu-satu hari, rasa bersyukur teramat sangat.
Manakan tidak, setiap hari sebelum memulakan hari baru, kita (niat) sentiasa berdoa demi kebaikan sepanjang hari pada hari tersebut, bermula pada langkah pertama.
Kekadang kita terlalu takut jika Allah Taala tidak menyayangi kita, bila mana kita tidak ditimpakan ujian walau sebutir zarah pada hari-hari yang kita hadapi.
Ujian ini, bukan untuk menakutkan diri, tapi mencari hikmah yang tersembunyi.
Berterima kasihlah kepada Allah Taala kerana masih ditarbiah hati ini.
Cinta melulu hanyalah cinta buat orang yang lemah imannya. Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita selama ini.
Terlalu sayang, sayang hingga bisu untuk menegur kesalahan. Sudah ketara, tapi buat-buat lupa, sudah tahu dan nyata, tetapi pura-pura buat buta.
Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama jadi buta, gelap gelita.
Ya, bila ujian Allah Taala datang mendidik diri, baru sedar, baru terngadah.
Tapi syukur Allah Taala datangkan jua rasa redha di hati ini.
Mujurlah jua Allah Taala tunjukkan jalan mengajar hati redha, terima hakikat.

Allah Taala berfirman;
Bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)" asy-Syam (91:9-10)

Pasti kalian pernah merasai saat genting ini. Ada yang selepas berumahtangga, pengamalan agama dianggap enteng.
Jika dahulu impian ingin membina bait-muslim itu cukup tinggi tetapi apabila ada kelemahan, kekurangan dan kesilapan yang dilakukan, pasangan hanya mengambil langkah berdiam diri hanya kerana cinta, inilah cinta buta tidak nampak akan kesalahan, matlamat pula menghalalkan cara.
Bila cinta Tuhan diketepikan dan kasih sayang makhluk mendasari hati, nafsu menjadi raja dalam diri, kalam Tuhan tidak lagi diikuti. Sesungguhnya manusia apabila mencintai makhlukNya dan mendahului mereka dari Allah, maka tunggulah janjiNya.
Kadang-kadang untuk menyeru kepada kebaikan agak sukar kerana sesetengah orang akan lebih nampak kepada keburukan.
Namun begitu, kita boleh terus berusaha dan istiqamah dalam membuat kebaikan.
Kebaikan tidak semestinya melalui lisan, tetapi boleh juga melalui perbuatan. Kadang-kadang apa yang kita buat lebih memberi kesan berbanding dengan apa yang kita cakapkan. Dunia ini adalah madrasah cinta kita cari.
Allah Taala sedang mengajar dan mendidik kita. Suatu ketika dulu saya juga pernah mengalami perkara yang sama.
Namun diteruskan juga menadah, meminta pertolongan Allah.
Allah Taala akan terus mengajar dan mendidik kita dengan syarat kita mahu belajar sama ada dari pengalaman yang kita lalui, muhasabah diri seterusnya belajar ilmu-ilmu Islami.
Manusia bijak akan menjadi orang lain bergantung kepadanya, bukan sebaliknya. Dia tidak pernah bersikap dan mengambil keputusan dengan mengharapkan orang lain turut sama berendam dalam masalah peribadinya.
Bahawasanya seorang muslim itu mempunyai falsafah hidup, prinsip, risalah, dan ketentuan yang lebih agung daripada hanya sekadar mengharap, balas dendam, dan benci.
Perjalanan hidup berumahtangga sebahagian surat cinta Ilahi. Bahawa dugaan, kepahitan, perpisahan adalah antara isi kandungan surat cinta ini.
Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Mendepani surat cinta ini, inshaAllah akan menyuburkan cinta, sekiranya kita menerimanya sebagai satu tarbiah daripada Allah.
Percayalah, kita pasti akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis selepas kebahagian.
Kesulitan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.
Berbahagialah isteri-isteri yang menjadi solehah hasil bimbingan dan pimpinan para suami soleh.
Beruntunglah isteri-isteri meredhai kehidupan rumahtangga yang dibina.
Kesusahan dan kesulitan sudah menjadi pakaian harian, nilai kasih sayang antara penghuni rumahtangga didahulukan.
Mempunyai peranan.
Peranan takwa dan iman itulah, yang menjadi pasak melahirkan serta mengekalkan konsisten keharmonian cinta yang dirasai dengan cara dan sudut yang pelbagai nantinya.
Banyak versi dan variasi.
Kursus perkahwinan pastinya belum memadai membenihkan nilai-nilai yang perlu kepada bakal pasangan, jika sahaja kayu ukur sebaik para pejuang agama sebahagiannya juga ditakdirkan untuk kecundang.
Ingatlah, ramai pasangan berpisah kerana putus cinta.
Cinta yang matang itu, tidak buta dengan kesalahan dan kekurangan orang lain.
Celik, tetapi hati yang cinta akan berdoa dan berusaha untuk memperbaikinya. Kita terima seadanya.
Dia hamba, kita juga hamba.
Hamba itu lemah dan sentiasa bersalah. Pohonlah kemaafan dan bersedia memaafkan.

Tuesday, October 26, 2010

::Baru terngadah::

Baru balik dari melihat satu kOnsert..tapi bukan kOnsert besar2an pn..hanya sekadar konsert untuk menghilangkan tensiOn student Ipg..ianya dianjurkan Oleh slh seOrg kawan ana di Ipg nie..(xprlulah dimentiOnkan nmanye ye)





Semasa dikOnsert ana tengOk ramai yg gembira...siap ada yg bertepuk tgn lagi sambil mengiringi sesuatu persembahan...ana pada mulanya terikut juga..maklumlah darah muda..(cewahhh)huhu...
tapi tiba2 ada sesuatu yg menarik ana dari terus melakukan perbuatan itu..seperti ada suatu gelOra yg cuba menghentam...

Ana rasa gementar..seluruh kaki tangan menggeletar..nk cakap tidak makan padahal sebelum ke sana tadi ana terlebih dahulu mkn...
mata ana berpinar2...MasyaAllah alangkah seramnya keadaan ana ketika itu...
Apa sebenarnya yang ana rasakan ini..? ana mengajak seOrang rakan ke kOperasi untuk membeli sedikit makanan..tetapi bila menjamah makanan gementar itu tidak juga hilang...

Ana terasa takut..ana meluahkan pada rakan ana itu.."Kenapa badan nie seram sejuk, gementar semacam je"?tetpi rakan tersebut juga buntu..dilihatnya muka ana pucat sekali.."Hafiz kenapa pucat nie"?
ana sendri tidak tahu puncanya...


Kuasa Tuhan melebihi segalanya...itulah ungkapan yg terlintas di benak pemikiran ketika itu..
Ana cuba berselawat ke atas junjungan besar..mOhon pertOlongan dari Dia yang Maha Pengasih..mulut ana tidak bergerak tetapi hati ana tidak henti berzikir..

Ana rasa pelik sangat..kenapa pada malam nie jadi seperti itu?
mungkinkah ini Hidayah untuk ana supaya meninggalkan kOnsert itu?(buat pengetahuan selepas pergi ke kOperasi ana tidak pergi ke tapak kOnsert walaupun hajat untuk ke sana semula selepas membeli makanan)

Tempat itu penuh dengan hiburan...tidak terlanjur sekiranya ana mengatakan penuh maksiat..pelbagai karenah dan gelagat yang ada disana..hiburan yang melalaikan diri ini..



Syukurnya ana rasa..Allah menyelamatkan ana dari terus bergelumang disana...Terima kasih Ya Rabbi..Dikau menyayangi diri hambaMu ini...kasihnya Dikau pada ku tetapi aku??

Sunday, October 24, 2010

::Bila Tiba Dipersimpangan Itu::

Segalanya telah daku cOretkan
Dari awal permulaan hinggalah ke titik penghabisan
Tetapi masih lagi belum daku dapat merasakannya..
Terasa diri ini makin kerdil..
Jauh dariNya..Mungkinkah ini ujian dariMu atau sekadar permainan hati yang bernafsu??
Seringkali tubuh kecil ini tersungkur dek kerana tersadungnya batu keras nafsu durjana

Ya Rabb
Berikan kepada hambaMu ini kekuatan serta ketabahan
Agar bisa diri ini mengalihkan batu keras itu jauh dari pandangan mata kasar serta mata hati
Tidak mahu lagi tersadung dan seterusnya jatuh tersungkur..
Hanya padaMu daku meminta...

Saturday, October 23, 2010

::Kembali Menulis::

Bismillahirrahmannirrahim...
Alhamdulillah setelah lama beristirehat kini dapat ana kembali menulis...
kesibukkan menyiapkan tugasan@assignment membuatkan hidup ini sedikit tidak terurus..
mana dengan amali lagi..MQA lagi...
emm tapi Alhamdulillah Allah Taala masih memberikan kepada ana kesempatan untuk menyiapkan segalanya,,
rindu rasanya untuk menulis...
namun gelombang kedua kesibukkan pasti akan datang lgi..EXAM..ya gelombang itu...
gelombang yg paling getir..huk3...
InsyaAllah akan dilalui dengan penuh hati2...mOhon petunjukMu YA RABB...:D