Bicara lidah...

Dengan lidah bisa buat hati terluka..
dengan lidah bisa bikin jiwa sengsara..
tajamnya ia dari mata pedang..
mampu menghiris hati kecil...
lembutnya ia mampu mengeraskan jiwa yang kekOsongan tanpa cinta Illahi...
pelihara lidah agar dapat hidup yang penuh dengan barOkah..
InsyaALLAH...

Sunday, October 31, 2010

:: Salah mentaksir tentang malu??::

Malu...
semua manusia ada rasa ini...
tidak kira lelaki, wanita, dewasa mahupun kanak-kanak yang masih belum baligh umurnya..
tetapi berapa ramai yang tahu mentaksir rasa malu itu? berapa ramai yang menyedari apa yang tersembunyi di sebalik perasaan kurniaan Illahi yang amat indah dan berharga ini?
sedah pasti tidak ramaikan?


Malu suatu rasa yang amat indah sebenarnya..
ada sebab musabab mengapa rasa ini diletakkan dalam diri seseorang yang bergelar manusia itu..

Dari Imran bin Husain ra ia berkata Rasulullah S.A.W. berkata  
“Rasa malu itu tidak mendatangkan kecuali kebaikan.”

Amat bertepatan sekali hadith ini..perasaan malu yang hadir itu tidak lainnya adalah mendatangkan lebih banyak kebaikan daripada keburukkan, malahan tidak keterlaluan jika ana mengatakan bahawa tiada langsung keburukkan yang dibawa oleh sifat malu itu..setujukan kalian semua?wallahuallam...( pendapat masing-masing yea ).

Berbeza dengan keadaan dan fenomena pada dunia akhir zaman ini..
Sejenak mari alihkan pandangan kita pada diri kita, masyarakat pemimpin dan bangsa kita ini. Masihkah kita memiliki rasa malu yg mencegah kita dari berbuat keburukan dan mendorong kita untuk berbuat kebaikan dan ketaatan?Orang sekarang banyak yg tidak malu berbuat maksiyat kejahatan dan kebusukan di depan khalayak ramai tetapi justeru banyak yang malu untuk melakukan kebaikan. Sedangkan melakukan amal kebaikan itu adalah perkara yang dituntut dalam Islam sendiri.

MALU adalah sifat terpuji kerana sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan disebabkan sifat malu menghalang seseorang melakukan kesalahan serta kemungkaran.
Perasaan tidak takut dosa atau azab Allah hanya ada pada mereka yang kering rasa malu dalam jiwa untuk melakukan dosa, malah tidak menghiraukan pandangan orang lain.
Demi menjaga kesucian maruah, masyarakat dan agama, maka setiap individu Muslim perlu menghiasi jiwanya dengan malu serta menganggap sifat itu perkara yang sangat penting perlu ditekankan dalam pembinaan akhlak terpuji.

Mereka yang mempunyai rasa malu termasuk golongan orang beriman kerana malu sebahagian tanda iman seperti dijelaskan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya malu dan keimanan saling berkait, jika salah satunya dikeluarkan yang satu lagi juga akan hilang serentak.” (Hadis riwayat Baihaqi) Diriwayatkan ketika Rasulullah SAW melewati seorang Ansar yang sedang menasihati saudaranya mengenai rasa malu, maka Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Biarlah ia memiliki rasa malu kerana malu itu termasuk dalam keimanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Begitulah bernilainya sifat malu seperti mutiara yang mencantikkan akhlak dan sekali gus menjadi benteng diri, tidak mudah melakukan sebarang maksiat yang dimurkai Allah.
Jika kita renung kisah diceritakan al-Quran mengenai Nabi Yusuf, walaupun diajak Zulaikha melakukan perkara terlarang sambil menutup pintu bilik, Baginda tidak tergoda (ketika itu peluang mereka melakukannya terbuka luas) kerana dihalang rasa malu bersumber daripada telaga keimanan sehingga kehormatan dan kemuliaan sebagai insan berpangkat nabi tidak sedikit tercemar.

Nah...marilah sahabat..apa ditunggu lagi??serapkan rasa malu dalam dirimu..begitu juga dengan ana..mari bersama kita selimuti diri kita ini dengan helaian pakaian rasa malu...Jangan tunggu lagi..!!sementara nikmat rasa malu itu masih dikurniakan olehNya mari gunakannya..sebelum terlambat..

3 comments:

  1. pabile semakin ramai umat kehilangan rasa malu...maknenye dunia sudah smpai ke penghujungnye..renung2kn la..

    ~ DanieL AdiE ~

    ReplyDelete
  2. my Name is Cik Angkuh..
    i am a new blogger,
    who looking for a frens and follower..
    who can share with me thier life story and tip also info..
    kindly follow my blog..
    tq..
    enjoy reading your blog anyway..

    ReplyDelete