Bicara lidah...

Dengan lidah bisa buat hati terluka..
dengan lidah bisa bikin jiwa sengsara..
tajamnya ia dari mata pedang..
mampu menghiris hati kecil...
lembutnya ia mampu mengeraskan jiwa yang kekOsongan tanpa cinta Illahi...
pelihara lidah agar dapat hidup yang penuh dengan barOkah..
InsyaALLAH...

Sunday, May 1, 2011

:: Amarah ::

Alhamdulillah..Syukur Ke hadrat Allah S.W.T. kerna dengan limpah kurnia dan inayahNya dapat lagi ana mencoretkan hal yang tidak seberapa dilayar usang alam maya ini..sudah lama rasanya ana tidak melakarkan apa-apa disini..al maklumlah tugas seorang mahasiswa menuntut ana untuk lebihkan tumpuan kepada hal masa depan..Demi menggapai redha yang Esa..Segala puji bagi Tuhan yang telah menjadikan langit dan bumi, segala kasih dan rindu buat junjungan hebat Nabi Muhammad S.A.W.

Amarah..sifat fitrah dalam diri seseorang hamba..semua manusia bahkan haiwan sekalipun ada sifat amarahnya.. cuma yang membezakan antara seseorang hamba itu dengan hamba yang lain ialah setinggi dan sehebat manakah sifat amarah dalam dirinya..Amarah kadang kala membawa jua kebaikan namun banyak kali membawa kepada kebinasaan.

Amarah yang datang daripada hati mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang. Orang sabar dapat menahan kemarahan dalam saat genting dan sudah tentu mendapat ganjaran di sisi-Nya.
Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
Sifat marah juga adalah cerminan kalbu keperibadian jiwa yang tidak tenteram. Oleh itu, kawal jiwa kerohanian supaya hidup sentiasa tenteram, aman dan damai sepanjang masa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sifat bodoh atau jahil itu pokoknya ialah watak kedegilan yang dipimpin oleh sifat marah. Sesiapa juga yang dirinya reda dalam keadaan jahil atau bodoh, maka baginya tidak perlu lagi bersifat toleransi kerani toleransi adalah sifat yang baik dan banyak manfaatnya. Kejahilan pula sifat buruk dan mendatangkan banyak mudarat. Oleh itu, lebih baik berdiam diri daripada melayani pertanyaan orang bodoh.”

Khaitamah bin Abdul Rahman, seorang ulama tab’in menerangkan bahawa syaitan berkata,
“Bagaimana anak Adam dapat mengalahkan aku? Apabila dia rela, nescaya aku datang dan meresap ke dalam hatinya. Apabila dia marah, nescaya aku terbang sehingga berada di atas kepalanya.”

Mujahid menceritakan bahawa iblis atau syaitan itu berkata,
“Aku tidak dapat dilemahkan oleh anak Adam pada tiga perkara:
  • Apabila seseorang itu mabuk, kami pun pegang talinya lalu kami halau ke mana yang kami kehendaki. Dia bekerja untuk kami menurut apa yang kami sukai.
  • Apabila orang itu marah, dia akan berkata apa yang tidak diketahuinya dan melakukan sesuatu perkara yang disesalinya.
  • Dia seorang yang lokek terhadap apa juga miliknya dan berangan-angan dengan sesuatu yang ia tidak mampu
Hikmah mengawal sifat marah, Boleh mengelakkan berlakunya sifat dengki, dendam, benci, buruk sangka, memendam perasaan tidak baik terhadap seseorang dan bermacam-macam lagi sifat yang tidak baik. Kita juga dapat mencontohi akhlak mulia Rasulullah S.A.W seperti bersopan santun dan bersedia memaafkan orang yang bersalah. Sikap sedemikian boleh menimbulkan perasaan kasih sayang dan kemesraan.




..kawal marah kalau taknak jadik macam nie..


Di antara langkah-langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
  1. Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
  2. Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
  3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
  4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
  5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
  6. Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
  7. Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
  8. Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
  9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

No comments:

Post a Comment