Hati,
Dikala hatiku masih berbolak balik,
Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti,
Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin,
Aaargh, lemahnya diriku kerna sering tertewas!
Hati,
Kerapuhan hati kian meningkat,
Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembuyi dihatiku,
Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan hati ini,
Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya,
Hati,
Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,
Ku tetapkan hati ,
Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,
Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih,
Hati,
Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya,
Agar sentiasa terpelihara,
Kerna, terlalu lemah untukku memeliharanya,
Ya Allah,
Sesungguhnya aku mengerti ,
Hati ini hanya untukMu,
Ya Allah,
Hanya padaMula aku berserah,
Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali ,
Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi,
Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu
Petikan ---> iluv Islam.com
Bicara lidah...
Dengan lidah bisa buat hati terluka..
dengan lidah bisa bikin jiwa sengsara..
tajamnya ia dari mata pedang..
mampu menghiris hati kecil...
lembutnya ia mampu mengeraskan jiwa yang kekOsongan tanpa cinta Illahi...
pelihara lidah agar dapat hidup yang penuh dengan barOkah..
InsyaALLAH...
dengan lidah bisa bikin jiwa sengsara..
tajamnya ia dari mata pedang..
mampu menghiris hati kecil...
lembutnya ia mampu mengeraskan jiwa yang kekOsongan tanpa cinta Illahi...
pelihara lidah agar dapat hidup yang penuh dengan barOkah..
InsyaALLAH...
Tuesday, May 17, 2011
Tuesday, May 3, 2011
:: wanita itu ::
berjalan longlai menuju ke bendang..
sambil memikul cangkul di bahu mengharung lumpur yang hamis..
namun wanita itu tetap gagah berjalan..
Aku memerhatikan dari jauh gelagat wanita itu..
mukanya berkerut menahan panas terik matahari yang memancar..
berkaki ayam..berkain batik senting..berbaju lusuh..bertudung kelabu..
kadang kala dia mengusap titis peluh yang mengalir..
cangkul yang berat dihayunkannya
membanting keringat serta tulang melulang..
membina batas dibendang..
hatiku sedikit sayu melihat kelibat wanita itu..
dari celahan daun lalang yang meninggi wanita itu duduk termanggu..
berhenti seketika mengambil hela nafas..
kelihatan esakkan dadanya turun naik menarik nafas..
kekadang wanita itu membuang pacat yang kelaparan menghisap darah dari celahan jari kaki..
walaupun keringat membasahi namun wanita itu tetap gagah melawan kepenatan..
cangkul yang berat dihayunkannya lagi..
wanita itu gigih berusaha..
tidak kenal payah,susah mahupun penat..
segalanya ditempuhi dengan keberanian serta hati yang cekal..
kini wanita itu sudah jauh menghilang..
tiada lagi ku lihat kelibatnya..
sudah lama...
baju lusuhnya masih tersidai di sebuah pondok usang..
kini aku duduk termanggu memikirkan dirinya..
terasa bagai disentap seketika perasaan kecilku..
bendang itu makin meninggi lalangnya..
cekalnya hati wanita yang menghilang dari pandangan mataku
namun tetap segar dalam ingatanku..
wanita itu adalah IBUKU !!
menjerit -->hasil nukilan hafizmohdhamzah.blogspot.com
Sunday, May 1, 2011
:: Akhlak Dalam Islam ::
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah kerna mengurniakan nikmat hidup kepada hamba yang penuh kehinaan ini.. kekadang terasa malu untuk menceritakan kasih dan sayang padaNya sedangkan hakikatnya diri ini sering diselubungi dosa yang menggunung.Ku pohon keampunanMu Ya Rabbi..Ya zaljala liwalikram..~~
Akhlak sering dikaitkan dengan cara atau gaya hidup seseorang hamba Allah dimuka bumi ini..Ianya ibarat bunga..Ramai orang yang sukakan bunga hatta yang kafir juga menyukai bunga..Sekuntum bunga dapat menenangkan hati seseorang yang sedang gundah gulana. cuba bayangkan keadaan seorang kekasih yang merindui kekasihnya yang lain..apabila kekasihnya itu mengirimkan bunga ianya sudah cukup menyenangkan hati yang sedang kerinduan..
Akhlak merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia manakala moral ialah satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia sahaja. Ianya mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk lain manakala moral mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan manusia sahaja.
Menurut Ibnu Maskawih, "Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu."
Menurut Imam al-Ghazali, "Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu."
Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, "Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan."
Skop Akhlak Islam
Skop akhlak Islam adalah luas merangkumi segenap perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia sama ada hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain.a) Akhlak dengan Allah : Antara ciri-ciri penting akhlak manusia dengan Allah swt ialah :
- Beriman kepada Allah : iaitu mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa Allah itu wujud serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan tuntutan-tuntutan di samping meninggalkan sebarang sifat atau bentuk syirik terhadapnya.
- Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada Allah : iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya dengan ikhlas semata-mata kerana Allah swt.
- Sentiasa bertaubat dengan tuhannya : iaitu apabila seseorang mukmin itu terlupa atau jatuh kepada kecuaian dan kesilapan yang tidak seharusnya berlaku lalu ia segera sedar dan insaf lalu meminta taubat atas kecuaiannya.
- Mencari keredhaan Tuhannya : iaitu sentiasa mengharapkan Allah dalam segala usaha dan amalannya. Segala gerak geri hidupnya hanyalah untuk mencapai keredhaan Allah dan bukannya mengharapkan keredhaan manusia walaupun kadang kala terpaksa membuat sesuatu kerja yang menyebabkan kemarahan manusia.
- Melaksanakan perkara-perkara yang wajib, fardhu dan nawafil.
- Redha menerima Qadha' dan Qadar Allah : Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka menjadilah baik baginya."
b) Akhlak dengan manusia :
- Akhlak dengan Rasulullah : iaitu beriman dengan penuh keyakinan bahawa nabi Muhammad saw adalah benar-benar nabi dan Rasul Allah yang menyampaikan risalah kepada seluruh manusia dan mengamalkan sunnah yang baik yang berbentuk suruhan ataupun larangan.
- Akhlak dengan ibubapa : iaitu berbuat baik (berbakti) ke pada ibu bapa. Berbuat baik di sini mengandungi erti meliputi dari segi perbuatan, perkataan dan tingkah laku. Contohnya berkata dengan sopan dan hormat, merendahkan diri, berdoa untuk keduanya dan menjaga keperluan hidupnya apabila mereka telah uzur dan sebagainya. Firman Allah swt yang bermaksud : " Kami perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa."
- Akhlak dengan guru : Maksud dari sebuah hadith Nabi saw: "Muliakanlah orang yang kamu belajar daripadanya." Setiap murid dikehendaki memuliakan dan menghormati gurunya kerana peranan guru mengajarkan sesuatu ilmu yang merupakan perkara penting di mana dengan ilmu tersebut manusia dapat menduduki tempat yang mulia dan terhormat dan dapat mengatasi berbagai kesulitan hidup sama ada kehidupan di dunia ataupun di akhirat.
- Akhlak kepada jiran tetangga : Umat Islam dituntut supaya berbuat baik terhadap jiran tetangga. Contohnya tidak menyusahkan atau mengganggu mereka seperti membunyikan radio kuat-kuat, tidak membuang sampah di muka rumah jiran, tidak menyakiti hati mereka dengan perkataan-perkataan kasar atau tidak sopan dan sebagainya. Malah berbuat baik terhadap jiran tetangga dalam pengertiannya itu dapat memberikan sesuatu pemberian kepada mereka sama ada sokongan moral atau material.
- Akhlak suami isteri : Firman Allah swt yang bermaksud : "Dan gaulilah olehmu isteri-isteri itu dengan baik."
- Akhlak dengan anak-anak : Islam menetapkan peraturan terhadap anak-anak. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Kanak-kanak lelaki disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh dari kelahirannya dan diberi nama dengan baik-baik dan dihindarkan ia daripada perkara-perkara yang memudharatkan. Apabila berusia enam tahun hendaklah diberi pengajaran dan pendidikan akhlak yang baik."
- Akhlak dengan kaum kerabat : Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan dan memberi kepada kaum kerabat."
c) Akhlak terhadap makhluk selain manusia :
- Malaikat :Akhlak Islam menuntut seseorang muslim supaya menghormati para malaikat dengan menutup kemaluan walaupun bersendirian dan tidak ada orang lain yang melihat.
- Jin : Adab terhadap golongan jin antaranya Rasulullah melarang membuang hadas kecil di dalam lubang-lubang di bumi kerana ia adalah kediaman jin. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Jangan kamu beristinjak dengan tahi kering dan jangan pula dengan tulang-tulang kerana sesungguhnya tulang-tulang itu adalah makanan saudara kamu dari kalangan jin."
- Haiwan ternakan : Haiwan yang digunakan untuk membuat kerja, maka tidak boleh mereka dibebani di luar kesanggupan mereka atau dianiaya atau disakiti. Malah ketika hendak menyembelih untuk dimakan sekalipun, maka hendaklah penyembelihan dilakukan dengan cara yang paling baik iaitu dengan menggunakan pisau yang tajam, tidak mengasah pisau di hadapan haiwan tersebut atau menyembelih haiwan di samping haiwan-haiwan yang lain.
- Haiwan bukan ternakan : tidak menganiayai haiwan-haiwan bukan ternakan seperti mencederakannya dengan menggunakan batu dan sebagainya.
- Alam : Manusia diperintahkan untuk memakmurkan sumber-sumber alam demi kebaikan bersama. Islam menetapkan bahawa alam ini tidak boleh dicemari dengan kekotoran yang boleh merosakkan kehidupan manusia dan kehidupan lainnya.
akan bersambung di entry akan datang..
:: Amarah ::
Alhamdulillah..Syukur Ke hadrat Allah S.W.T. kerna dengan limpah kurnia dan inayahNya dapat lagi ana mencoretkan hal yang tidak seberapa dilayar usang alam maya ini..sudah lama rasanya ana tidak melakarkan apa-apa disini..al maklumlah tugas seorang mahasiswa menuntut ana untuk lebihkan tumpuan kepada hal masa depan..Demi menggapai redha yang Esa..Segala puji bagi Tuhan yang telah menjadikan langit dan bumi, segala kasih dan rindu buat junjungan hebat Nabi Muhammad S.A.W.
Amarah..sifat fitrah dalam diri seseorang hamba..semua manusia bahkan haiwan sekalipun ada sifat amarahnya.. cuma yang membezakan antara seseorang hamba itu dengan hamba yang lain ialah setinggi dan sehebat manakah sifat amarah dalam dirinya..Amarah kadang kala membawa jua kebaikan namun banyak kali membawa kepada kebinasaan.
Amarah yang datang daripada hati mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang. Orang sabar dapat menahan kemarahan dalam saat genting dan sudah tentu mendapat ganjaran di sisi-Nya.
Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sifat bodoh atau jahil itu pokoknya ialah watak kedegilan yang dipimpin oleh sifat marah. Sesiapa juga yang dirinya reda dalam keadaan jahil atau bodoh, maka baginya tidak perlu lagi bersifat toleransi kerani toleransi adalah sifat yang baik dan banyak manfaatnya. Kejahilan pula sifat buruk dan mendatangkan banyak mudarat. Oleh itu, lebih baik berdiam diri daripada melayani pertanyaan orang bodoh.”
Khaitamah bin Abdul Rahman, seorang ulama tab’in menerangkan bahawa syaitan berkata,
“Bagaimana anak Adam dapat mengalahkan aku? Apabila dia rela, nescaya aku datang dan meresap ke dalam hatinya. Apabila dia marah, nescaya aku terbang sehingga berada di atas kepalanya.”
Mujahid menceritakan bahawa iblis atau syaitan itu berkata,
“Aku tidak dapat dilemahkan oleh anak Adam pada tiga perkara:
Amarah..sifat fitrah dalam diri seseorang hamba..semua manusia bahkan haiwan sekalipun ada sifat amarahnya.. cuma yang membezakan antara seseorang hamba itu dengan hamba yang lain ialah setinggi dan sehebat manakah sifat amarah dalam dirinya..Amarah kadang kala membawa jua kebaikan namun banyak kali membawa kepada kebinasaan.
Amarah yang datang daripada hati mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang. Orang sabar dapat menahan kemarahan dalam saat genting dan sudah tentu mendapat ganjaran di sisi-Nya.
Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.” (Hadis riwayat Ibn Majah)Sifat marah juga adalah cerminan kalbu keperibadian jiwa yang tidak tenteram. Oleh itu, kawal jiwa kerohanian supaya hidup sentiasa tenteram, aman dan damai sepanjang masa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sifat bodoh atau jahil itu pokoknya ialah watak kedegilan yang dipimpin oleh sifat marah. Sesiapa juga yang dirinya reda dalam keadaan jahil atau bodoh, maka baginya tidak perlu lagi bersifat toleransi kerani toleransi adalah sifat yang baik dan banyak manfaatnya. Kejahilan pula sifat buruk dan mendatangkan banyak mudarat. Oleh itu, lebih baik berdiam diri daripada melayani pertanyaan orang bodoh.”
Khaitamah bin Abdul Rahman, seorang ulama tab’in menerangkan bahawa syaitan berkata,
“Bagaimana anak Adam dapat mengalahkan aku? Apabila dia rela, nescaya aku datang dan meresap ke dalam hatinya. Apabila dia marah, nescaya aku terbang sehingga berada di atas kepalanya.”
Mujahid menceritakan bahawa iblis atau syaitan itu berkata,
“Aku tidak dapat dilemahkan oleh anak Adam pada tiga perkara:
- Apabila seseorang itu mabuk, kami pun pegang talinya lalu kami halau ke mana yang kami kehendaki. Dia bekerja untuk kami menurut apa yang kami sukai.
- Apabila orang itu marah, dia akan berkata apa yang tidak diketahuinya dan melakukan sesuatu perkara yang disesalinya.
- Dia seorang yang lokek terhadap apa juga miliknya dan berangan-angan dengan sesuatu yang ia tidak mampu
![]() |
| ..kawal marah kalau taknak jadik macam nie.. |
Di antara langkah-langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
- Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
- Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
- Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
- Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
- Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
- Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
- Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
- Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
- Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Thursday, February 17, 2011
::Mahabbah::
Cinta menuju jalan Ilahi
Cinta hakiki yang amat suci
Tenang terasa rindu kepadaNya
Bila mendapat siraman hidayah
Insan bertasbih berzikir dengan makrifah
Taubat menyusul memohon maaf padaNya
Menyesali..menyesal..menyesal atas dosa-dosa
Jiwa insani hidup bernadi
Tulus sejernih embun syurgawi
Saat melakar cinta sejati
Allah disembah sering diingati
Rela diuji asalkan kasih bersemi
Biarlah derita pengubat kasih sayangNya
Itulah tajalli..cintakan Allah
Mahabbah..Mahabbah..Mahabbatullah
Kesunyian jiwa..kegersangan iman
Kehilangan bahagia sesat di persimpangan
Pengajaran bayangan siksa dunia
Kembali..kembali..kembalilah pada Allah
Carilah..carilah..carilah..cintaNya
Rela diuji asalkan kasih bersemi
Biarlah derita pengubat kasih sayangNya
Itulah tajalli..cintakan Allah
Mahabbah..Mahabbah..Mahabbatullah
Friday, January 21, 2011
::Sabar::
:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::
Entry kali nie pasal " Kesabaran "..Ayuh sama-sama kita hayati dan mudah-mudahan entry nie dapat menjadikan kita seorang Ummah yang diberkati dan diredhai..INSYAALLAH..(^_^)
Sebagai seorang penulis, tidak semestinya apa yang saya tulis telah sedia dikuasai dan dipraktikkan secara sempurna. Adakalanya sesuatu penulisan itu lebih merupakan nasihat kepada diri saya sendiri, yang tidak terlepas dari pelbagai kekurangan dan kelemahan. Maka kali ini saya ingin menyampaikan nasihat kepada diri saya, sekali gus berkongsi nasihat itu kepada para pembaca yang budiman sekalian.
Nasihat yang ingin saya sampaikan ini merupakan satu sifat, di mana dengan sifat itu Allah akan mencintai orang yang memilikinya, sentiasa bersama orang itu dari sudut pengawasan dan hidayah, diberikan pahala dengan jumlah yang tidak terkira, dikurniakan tiga perkara serentak iaitu selawat, rahmat serta petunjuk dan akhirnya memasuki syurga dengan dialu-alukan oleh para malaikat dengan ucapan salam. Sifat yang saya maksudkan ialah sabar.
Berkenaan sifat ini Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
“Allah sentiasa Mencintai orang-orang yang sabar” (surah Ali Imran, ayat 146),
“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153), dan
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira” (surah az-Zumar, ayat 10).
Seterusnya Allah juga berfirman: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157).
Pengurniaan tiga perkara, iaitu selawat, rahmat dan petunjuk secara serentak menyebabkan orang-orang shalih dari generasi awal umat Islam ternanti-nanti dan merasa terhibur apabila mereka menerima sesuatu yang memerlukan kesabaran.
Mereka berkata: “Kenapa aku tidak bersabar padahal Allah telah berjanji akan memberikan tiga perkara kepadaku dan salah satu dari tiga perkara itu lebih baik daripada dunia dan segala isinya?”
Akhir sekali orang yang bersabar akan dimasukkan ke syurga dan di dalamnya: “Malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (memberi hormat dengan berkata): ‘Selamat sejahteralah kamu, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.” (surah al-Ra’d, ayat 23-24)
Maksud Sabar dan Jenis-Jenisnya.
Sebegitu besar keutamaan bagi orang yang memiliki sifat sabar, sudah tentu kita tertanya-tanya apakah maksud sabar. Mudahnya, sabar dari sudut bahasa bermaksud menahan. Ada pun dari sudut istilah, ia bermaksud kekuatan jiwa untuk menahan dari berakhlak buruk apabila munculnya sesuatu. Sabar memiliki beberapa jenis.
Jenis pertama adalah dari sudut perintah larangan agama. Kita dituntut untuk sabar dalam melaksanakan perintah agama seperti menuntut ilmu, berbuat baik kepada ibubapa, mendirikan solat, mengerjakan puasa dan sebagainya. Orang yang sabar tidak akan mengeluh apabila dituntut melaksanakan perintah agama. Sabar juga dituntut dalam rangka menjauhi larangan agama seperti mengharapkan pertolongan dari tangkal, mendekati ilmu sihir, mengambil harta yang bukan haknya, berzina, mencuri, berdusta dan seterusnya. Seorang penyabar akan menjauhi semua itu tanpa dalih yang pelbagai.
Jenis kedua adalah dari sudut suka dan duka. Kita hendaklah sabar dalam menerima sesuatu yang disukainya, baik ia merupakan kecemerlangan dalam pelajaran, kejayaan dalam kerjaya, kelebihan rezeki atau kebahagiaan hidup. Kesabaran akan mengarah kepada sifat bersyukur dan ingin berkongsi dengan orang lain apa yang Allah kurniakan, sebagaimana firman Allah: “Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu.” (surah al-Qasas, ayat 77)
Agaknya yang paling sukar ialah sabar dalam menerima sesuatu yang mendukacitakan, baik ia merupakan kematian orang yang disayangi, penyakit, kehilangan harta benda atau kesukaran dalam kehidupan. Kesabaran amat penting agar sifat tabah, mencari penyelesaian dan menenangkan diri dapat dilakukan tanpa keluhan, rungutan, teriakan dan apa-apa lain yang sinonim dengan akhlak yang buruk.
Tidak termasuk dalam maksud dan jenis sabar ialah orang yang mendiamkan diri apabila dia melihat agama, manusia dan dirinya dizalimi. Sifat diam seperti ini lebih tepat disebut sebagai dayus dan bukannya kesabaran. Kesabaran adalah tetap bertindak menentang kezaliman, hanya tindakan itu dilakukan dengan akhlak yang mulia.
Meraih Sifat Sabar.
Di antara surah al-Qur’an yang terawal diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. ialah surah al-Muddathir dan ayat yang ketujuh surah itu berbunyi: “Dan bagi Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar.” Ini menunjukkan bahawa sifat sabar adalah antara yang terawal dan terpenting yang dituntut oleh Islam ke atas kita. Akan tetapi sabar bukanlah satu sifat yang dapat bermastautin secara tetap dalam diri seseorang. Ia adalah sifat yang boleh wujud dan hilang, boleh tinggi dan rendah, boleh berlaku kepada sebahagian jenis kesabaran dan tidak berlaku kepada sebahagian jenis yang lain.
Maka bagi meraih sifat sabar, seseorang hendaklah sentiasa prihatin akan keadaan dirinya dan sering menasihati dirinya untuk bersabar. Dihargai juga apabila ahli keluarga dan rakan-rakan saling menasihati untuk bersabar dengan mengingatkan kembali ayat-ayat al-Qur’an yang menerangkan keutamaan-keutamaan sabar. Tidak ketinggalan ialah memohon pertolongan Allah agar mengurniakan sifat sabar kepada diri kita kerana Allah jua telah berfirman: “Dan bersabarlah dan tiadalah kamu dapat bersabar melainkan dengan (pertolongan) Allah.” (surah al-Nahl 16:127).
::Perawatan Islam::
Perawatan Islam??Emm macam bomoh, dukun semua tu ke??
huhu..bukanlah saudara/i..Perawatan Islam nie jauh sekali berbeza dgn bomoh semua tu..
emm apa yg bezanya antara perawatan Islam ngn bomoh2 nie semua?
Kalau nak diikutkan memang banyak perbezaan antara kedua ini..tapi kat sini ana bagitahu yang mana ana tahu jela ye..huhu..:)
secara spesifiknya perubatan bomoh nie lebih tertumpu kepada untuk pencarian rezeki..berbeza dgn perawatan Islam yang mana kaedah ini lebih cenderung kepada suatu proses penyebaran dakwah Islamiah..
Perubatan Islam perlu berlandaskan ilmu serta amalan perubatan Islam. Mereka perlu memberi rawatan berdasarkan kepakaran dalam bidang perubatan dan faham hukum agama.
Kaedah rawatan bagi pesakit seperti pembedahan perlu dimulakan dengan doa kepada Allah.
"Pengamal perubatan Islam pula ialah golongan yang mempraktikkan perubatan berasaskan sumber dan kaedah dari ajaran Islam iaitu al-Quran dan Sunnah.
"Caj boleh dikenakan, tetapi jangan sampai membebankan. Berbeza dgn segelintir bomoh2 yang menggenakan caj yang langsung tidak masuk akal sedang ubat-ubatan yang dibekalkan hanyalah sebotol air penawar sahaja.
"Perubatan Islam adalah sebahagian daripada dakwah. Jika perubatan Islam dapat diamalkan secara berhikmah, ia memberi manfaat kepada masyarakat," katanya.
Tidak kiralah perawatan Islam ataupun bomoh sekalipun asalakan ianya masih berlandaskan dan berpaksikan ajaran Islam..Tidak terpesong jauh dari apa yang telah ditetapkan..Maksudnya di sini jangan sampai berlakunya amalan syirik..Awas!!Sesungguhnya syirik itu amat besar dosanya!!
Nauzubillah minzalik..
Ikhtiar dalam mengubati sesuatu penyakit itu penting..setelah berikhtiar bertawakallah pula kepada Allah Aza Wajalla..Kerana sesungguhnya Dia Yang Berkuasa..
"shhhh:- JaNgan PakaI b0moh siaM sUdaH..huhu
Berbekam salah satu daripada perubatan alternatif Islam
sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Subscribe to:
Posts (Atom)






