ingatlah bila rasa kecewa
kembalilah kepadaNya
pasti dirimu akan kembali ceria
bila rasa kecewa
kembalilah bertaut pada cintanya
kerana disitulah letaknya kemanisan cinta yang sebenar
bila rasa kecewa
bangkitlah kembali dengan berpaut pada jalinan tali
keberkatanNya
kerana disitu letaknya pegangan yang sebenarnya amat
erat
bila rasa kecewa
mengadulah pada Yang Esa
kerna hanya Dia yang sudi mendengar
hakikatnya Dia Maha Mendengar
bila rasa kecewa
jangan mudah rasa berpaling
sebaliknya cucikan hatimu dengan siraman kasih dan sayangNya
kerana Tuhan mu itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
No comments:
Post a Comment