masih ingat lagi orang pada tahun itu..bertemu dengan awak ditempat kita sama-sama menuntut ilmu..
dari jauh orang mengintai diri awak..teringin rasanya hati ini mahu menegur..tapi entah kenapa hati & perasaan ini berasa kecil..ada rasa takut yang menerjah..lihat wajah awak yang sungguh manis dan bersahaja membuatkan orang berasa gembira..tanpa sedar orang dengan sendiri mengukir senyum...
saban hari orang tertanya wajarkah orang menegur awak??..takut nanti disalah ertikan...dengan perwatakkan orang yang sebegini pasti mengundang kata-kata orang lain yang melihat...bimbang diri awak pula yang merasa aibnya...
tapi tidak pernah orang duga perkenalan dengan teman sebilik awak telah mengubah segalanya...
disitu segalanya bermula...orang malu2 menegur diri awak...tapi ternyata sangkaan orang tepat..diri awak yang pendiam, bercakap apabila perlu telah membuatkan orang terasa indah..indah untuk menjadi kawan awak..
tapi orang bimbang untuk meluahkannya...
namun ternyata takdir Tuhan tiada siapa yang mampu mengubahnya..
perbualan pertama kita telah mengubah segalanya..kita berkongsi tarikh lahir yang sama, warna kegemaran yang sama, awak anak sulung di dalam keluarga begitu jua dengan orang..orang percaya ianya bukanlah kebetulan tapi sebaliknya takdir Tuhan yang mendengar doa orang dan mahu kita bersahabat..
hari demi hari..waktu demi waktu kini tanpa orang sedari sudah 3 tahun perkenalan orang dengan awak..banyak suka duka tawa tangis kita lalui bersama..
perwatakkan awak amat orang senangi..diri awak sering mengingatkan orang supaya sentiasa menjaga solat..
orang tak minta lebih dari awak..cukuplah sekadar awak sentiasa ada dengan orang..cukuplah sekira awak dapat memahami orang..
terima kasih awak..terima kasih sebab sudi jadi kawan orang yang memahami orang..orang hargai semua pengorbanan & perhatian yang awak berikan kepada orang..awak sahabat dunia akhirat..
orang nak sangat perkenalan ini terus berkekalan sampai bila-bila..sebab orang tahu yang orang dah jumpa siapa kawan siapa lawan..orang tak nak menafikan lagi kehadiran awak dalam hidup orang...
Tika aku kesepian,
Kau datang membawa kegembiraan,
Tika aku kedukaan,
Kau hadir mengubat jiwa,
Tika aku kegelisahan,
Kau di sisi memberi ketabahan.
Sahabat,
Jika aku lupakan Yang Esa,
Ajaklah aku mengingatiNya,
Jika aku gembira tak terkata,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaranNya,
Jika aku bersedih tanpa bicara,
Pintalah aku agar berserah kepadaNya.
Sahabat,
Kaulah hadiah Allah untukku,
Apa yang aku harapkan,
Adalah ukhuwah yang berkekalan,
Sehingga ke akhir hayat kita.
Kau datang membawa kegembiraan,
Tika aku kedukaan,
Kau hadir mengubat jiwa,
Tika aku kegelisahan,
Kau di sisi memberi ketabahan.
Sahabat,
Jika aku lupakan Yang Esa,
Ajaklah aku mengingatiNya,
Jika aku gembira tak terkata,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaranNya,
Jika aku bersedih tanpa bicara,
Pintalah aku agar berserah kepadaNya.
Sahabat,
Kaulah hadiah Allah untukku,
Apa yang aku harapkan,
Adalah ukhuwah yang berkekalan,
Sehingga ke akhir hayat kita.
No comments:
Post a Comment