Manusia mudah menjatuhkan hukuman pada sesuatu perkara..
tanpa dinilai dengan sebaiknya, yang tidak tahu apa-apa dikejami..
mana letak perikemanusiaan??
Tersentuh jua hati ini bila terbaca malahan terpandang sendiri kekejaman yang dilakukan..
perlukah dizalimi walaupun ianya hanya seekor binatang yang hadirnya hanya untuk meminta sedikit makanan dari insan yang bergelar manusia..
kejam..amat kejam...diri binatang itu disepak diterajang...walaupun tidak menyukainya tidak bolehkah halau dengan cara yang berhemah..tidak perlu disepak terajang...
ia juga makhluk Tuhan..
Apa dosa binatang tersebut?
salahkan sekiranya kita berkongsi sedikit makanan dengannya..cukup sekadar sisa-sisa tulang yang mana isinya sudah lahap dimamah oleh kita..
tidak rugi wahai manusia..sedangkan anak isterimu boleh engkau belanja sehingga habis Rm 50 inikan pula makanan yang tiada berharga pada kita tetapi cukup berharga pada diri binatang itu..
Tidak cukup dengan itu..maki hamun lagi yang menjengah..aduhai..mahu menitis air mataku..amat syahdu sekali melihat binatang itu berlalu meninggalkan kawasan yang suatu ketika pernah menjadi tempat untuk ia mengutip sisa..bagi mengisi ruang kosong di perut..
Aku seperti dapat merasa kesengsaraan dirimu..sedihnya dikau..bagaimana dikau mengharungi malam itu dengan perut yang kosong??adakah dikau tenaga yang cukup apabila mahu melarikan diri ketika dijengah anjing yang durjana?tidak dapat kubayangkan..
Bagaimanakah nasibmu??adakah dapat engkau meneruskan kehidupan??tabahkan hatimu menempuhi segala dugaan..aku pasti suatu hari nanti pasti ada sinar yang menerpa dalam kehidupanmu...
No comments:
Post a Comment