Pembuka kalam bicara..
mencOretkan santun kata yang lahir dari jiwa yang sememangnya telah ternOda dek keluhan dOsa..
hati cuba mencari ketenangan disaat sanubari sedang berkecamuk dengan pelbagai persOalan..
cuba merungkai yang nyata untuk mencari yang hakiki...
apakah mungkin akanku temui?
entah hati sendiri masih tercari-cari..mana jalan yang diredhai Illahi..
Mana letaknya kasih yang abadi?
adakah disini atau jauh di dinihari
arah mana ingin diaturkan segala langkah
mungkinkah ditimur atau dibarat?
apa mungkin akan ku temui segala makrifat
bantulah daku menghuraikan segala firasat..
Ya Rabbi..
apa mungkin segalanya dapat kulalui?
tiada siapa yang ketahui..
berikan daku suatu arah yang pasti
agar aku tidak terusan menanti
sehingga terbukunya dihati
menjadi sebati..
Ya Tuhanku..
aku duduk termanggu
mengenang kembali dOsa-dosaku
betapa jauhnya aku dariMu
namun begitu..
Dikau tidak pernah berpaling dari memandang wajahku..
segala limpahan kurnia Rahmat Engkau Curahkan Kepada daku
betapa lalainya aku
tanpa memikirkan semuanya itu...
Tuhanku..
AMPUNILAH SEGALA DOSAKU..
No comments:
Post a Comment